SOCAR Turunkan Umur Minimum Kepada 19 Tahun!

Advertisements

Platform perkongsian kereta nombor satu Malaysia, SOCAR, telah menurunkan had umur minimum kepada 19 tahun sekaligus memudahkan pelajar untuk menggunakan servis ditawarkan.

SOCAR turut menamarkan keahlian percuma seumur hidup kepada remaja berusia 19 tahun yang memiliki lesen penuh Lesen Memandu Kompeten (CDL).

Memahami kehendak pelajar yang perlu berdikari menempuh alam universiti, SOCAR membuka peluang ini agar mereka dapat bergerak dengan lebih mudah berkonsepkan perkongsian kereta.

Dengan lebih 1,400 kereta dan 750 zon boleh diakses disekitar Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang, servis SOCAR semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Bagi memberi pendedahan kepada pelajar akan penggunaan SOCAR, mereka turut menjalinkan kerjasama dengan universiti tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif SOCAR, Leon Foong berasakan setiap pelajar berhak untuk merasai kebebasan bergerak meskipun tidak berkemampuan untuk memiliki kereta sendiri.

“Bukan semua orang mendapat keistimewaan memiliki kereta sendiri terutamanya jika anda seorang pelajar tetapi kami yakin mereka berhak diberikan kebebasan untuk bergerak. Dengan perkongsian kereta, sesiapa pun dengan CDL kini mampu memiliki kereta sendiri meskipun untuk hanya beberapa jam,” katanya.

Bagi setiap ahli berusia 20 tahun kebawah, SOCAR membenarkan tempahan awal dilakukan bagi kereta terpilih antaranya, Perodua Axia, Proton Iriz, Kia Picanto, Perodua Myvi, Perodua Bezza, Honda City dan Toyota Vios.

Bukan itu sahaja, SOCAR turut menawarkan keahlian seumur hidup bernilai RM50 kepada mana-mana ahli baru yang mendaftar pada 26 Mac hingga 30 April 2019.