Piaggio Group Lancar Cawangan Ke-500 Di Istanbul

Piaggio Group telah membuka cawangan Motoplex pertama di Istanbul, Turkey, sekaligus melengkapkan pencapaian 500 cawangan di seluruh dunia.

Pembukaan cawangan tersebut turut dilihat akan memperbaiki pengedaran alat ganti bagi 3,300 pengedar rasmi!

Pembinaan Motoplex akan meningkatkan lagi geo-pemasaran dan pertambahan pengunjung lebih daripada 30 peratus.

Motoplex merupakan inovatif terbaru bagi industri dua roda yang akan membenarkan pengedar memanfaatkan peluang mendekati jenama dan produk Piaggio secara keseluruhan. Setiap cawangan Motoplex menawarkan pelbagai produk keluaran Piaggio, Vespa, Aprilia dan Moto Guzzi di bawah satu payung.

Cawangan di Istanbul – yang terletak di Alidede Sk, daerah Kadikov – menempatkan ruang pameran, lounge bar dan pusat latihan servis yang menawarkan bantuan bagi pemilik Piaggio.

Dalam tempoh beberapa bulan ini, cawangan Motoplex telah dibuka di Madrid dan Malaga (Sepanyol), Berlin (Jerman), Malta, Pattraso (Greece), Taipei (Taiwan), Da Nang (Vietnam), Ningbo, Chengdu, Hefei (China), Brooklyn, Miami, Philadelphia (Amerika Syarikat) dan Utrecht (Belanda).

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]