BMW Memperkenalkan BMW 3 Series Generasi Ke-7 Paling Berkuasa!

Tekad mengekalkan takhta sebagai jentera ‘sport sedan’ terlaris di dunia, BMW Malaysia memperkenalkan BMW 3 Series baharu yang merupakan nadi utama pengeluar kereta Jerman itu.

Setelah lebih 45 tahun, varian 3 Series menetapkan tanda aras bagi kategori ‘sport sedan’, BMW meneruskan kejayaan dengan memperkenalkan 3 Series serba baharu!

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Malaysia menjelaskan bagaimana BMW 3 Series sentiasa menetapkan aras tinggi dalam penghasilan kereta ‘sports sedan’ premium.

“BMW 3 Series ialah model yang telah menjurusi penubuhan segmen sedan sport premium. Sejak lebih dari 45 tahun, 3 Series secara berterusan telah menaikkan tanda aras bagi Kenikmatan Pemanduan yang Sempurna (Sheer Driving Pleasure) dalam industri automotif premium.

“Hari ini, BMW 3 Series yang baharu menerusi generasi ketujuhnya, membawakan perwatakan signatur jentera BMW ke aras yang baharu dengan reka bentuk serba dinamik, dinamik pemanduan yang cemerlang serta teknologi dan inovasi yang tidak pernah dilihat sebelum ini dalam industri automotif Malaysia,” katanya.

Seperti pakej ‘M Sport’yang lain, BMW 3 Series menampilkan reka bentuk sport yang dinamik di samping memiliki ciri-ciri dimensi baharu antaranya, ‘BMW Intelligent Personal Assistant’ yang membenarkan penghubungan di antara pemandu dan kereta berjalan dengan lebih efisien.

Lebih menarik, BMW memperkenalkan teknologi inovatif ‘BMW Digital Key’ yang membenarkan  pengguna telefon pintar Samsung dengan teknologi ‘Near Field Communication’ membuka dan mengunci kenderaan dengan lebih mudah dan selamat.

Model 3 Series baharu ini memiliki enjin petrol Turbo Twinpower 2.0 liter – enjin yang paling berkuasa dalam kelasnya dan diperkenalkan menerusi BMW 330i M Sport – dan mampu mencecah kelajuan 250 km/j.

BMW menawarkan lima warna menarik antaranya Portimao Blue, Black Sapphire, Alpine White, Mineral Grey dan Sunset Orange.  Orang ramai yang berminat mendapatkan  terbarui ini – yang ditawarkan dengan harga RM328,800 –  boleh singgah di pengedar rasmi BMW bermula 28 Mac ini

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply