Model Kereta Terbang ‘Vector’ Terima Kecaman?

Kredit foto: Facebook Kementerian Pembangunan Usahawan

Kereta terbang yang dibangunkan Aerodyne Sdn Bhd, sebuah syarikat tempatan telah mempamerkan model skala kecil yang dikenali sebagai ‘Vector’ di LIMA 2019, Langkawi, semalam.

‘Vector’ merupakan perkhidmatan penyelesaian berintegrasi yang berasaskan dron dan bakal menjadi penanda aras pembangunan kereta terbang.

Kredit foto: Facebook Kementerian Pembangunan Usahawan

Gambar model tersebut turut dimuat naik laman Facebook Kementerian Pembangunan Usahawan dan mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata mempersoal kredibiliti serta kemampuan dalam pembinaan kereta terbang.

Rata-rata mempersoalkan kereta terbang tersebut tidak mencerminkan perbelanjaan yang dikatakan menelaan jutaan ringgit.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply