Lebih 1,000 Unit Triumph Di India Dipanggil Semula

Minggu lalu, Triumph Amerika Syarikat telah mengarahkan lebih 12,000 unit motosikal mereka dipanggil semula susulan masalah pendawaian, kali ini pengeluar motosikal Britain itu bertindak memanggil lebih 1,000 unit di India susulan masalah sama.

Di India, Triumph menggesa pemilik model Bonneville T100 dan T120, Street Twin dan Street Scrambler untuk membawa motosikal mereka menjalani pemeriksaan bagi mengesan masalah pendawaian.

Setiap pemilik akan dihubungi Triumph bagi sesi baik pulih secara percuma.

Triumph melaporkan bahawa sistem pendawaian motosikal boleh mengalami kerosakan apabila sering bergesel dengan kabel klac lalu menyebabkan masalah elektrikal.

Difahamkan, selain daripada 12,000 unit di AS dan 1,000 di India, lebih 68,686 motosikal Triumph telah terkesan dengan masalah ini di seluruh dunia.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]