Royal Enfield Akan Buka Kilang Pemasangan Di Thailand

  • Royal Enfield akan membuka kilang pemasangan di Thailand pada bulan Jun 2019.
  • Kilang ini bagi memenuhi permintaan pasaran motosikal di Thailand.
  • Untuk Thailand sahaja, RE telah menerima lebih daripada 700 buah tempahan bagi model Intercepter 650 dan Continental 650 GT yang baharu.

Royal Enfield telah mengumumkan bahawa mereka akan membuka kilang pemasangan di Thailand pada bulan Jun tahun ini.

Pelan ini bermakna jenama berkenaan telah beralih ke tahap yang seterusnya kerana Thailand merupakan antara pasaran Asia Tenggara yang pertama yang telah mereka tembusi. Negara berkenaan juga merupakan salah sebuah negara pertama dalam pasaran global yang akan menerima model Interceptor 650 dan Continental 650 GT.

Royal Enfield (RE) mendakwa bahawa mereka telah menerima tempahan melebihi 700 buah unit di negara tersebut sahaja bagi kedua-dua buah model berkenaan sejak pelancarannya pada tahun lalu. Setakat ini, seratus buah unit telah pun bertukar tangan dari pengeluar berkenaan ke pemiliknya.

Pengeluar berkenaan berharap dengan mengambil langkah ini mereka dapat meluaskan lagi capaian dan sokongan mereka dalam negara tersebut. Selain daripada kilang, mereka juga mensasarkan untuk membuka 15 buah cawangan pengedar dan 25 buah pusat perkhidmatan menjelang Mac 2020. Akan ada lebih banyak cawangan pengedar di Bangkok, Greater Bangkok, Phuket, Pattaya, dan Chiang Mai. Ianya satu perkembangan yang amat membanggakan memandangkan mereka bermula dengan sebuah cawangan pengedar di Bangkok tidak lama dahulu.

Motosikal Royal Enfield Interceptor 650 berjaya merangkul anugerah “Best Modern Classic Middleweight” di majlis anugerah “Thailand Bike of the Year 2019”.

Bagaimana pun, RE tidak ada menyatakan sama ada mereka merancang untuk mengeksport motosikal yang dikilangkan di Thailand ke negara-negara Asia Tenggara yang lain.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]