Razlan Ucap Selamat Tinggal Kepada MAM

Datuk Razlan Ramli – Sumber imej: gpmalaysia

Dato Ahmad Razlan Ahmad Razali membuat keputusan untuk meninggalkan Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM), berkuatkuasa hari ini.

Dato Razlan, yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC) membuat keputusan untuk meletakkan jawatan bagi memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap tugasan selaku Team Principal pasukan MotoGP PETRONAS-YAMAHA-SEPANG.

Surat perletakkan jawatannya telah diserahkan kepada Presiden MAM, Tan Sri Mokhzani Tun Mahathir – yang telah menggantikan Tan Sri Azman Yahya susulan penstrukturan semula.

Sejak ditubuhkan 10 tahun lalu, MAM menggalas tugas selaku badan bertanggungjawab memastikan perkembangan sukan bermotor di Malaysia. Sememangnya menjadi fokus utama MAM untuk mempromosi dan membangunkan sukan permotoran di Malaysia.

Dalam suratnya, Dato Razlan menyatakan perletakkan jawatannya adalah jalan yang terbaik buat MAM di samping mengumumkan Muizz Azli sebagai individu terbaik untuk menggantikannya.

Dato Razlan berpendapat Muizz merupakan calon sesuai ekoran pernah mengendalikan kes melibatkan acara permotoran. Dia juga yakin Muizz mampu membawa MAM ke peringkat seterusnya.