Pencuri Melarikan Kereta Ketika Sedang Dicuci!

Sesiapa yang rajin hantar kereta ke tempat mencuci perlu berhati-hati selepas ini kerana pencuri kereta kini semakin kreatif!

Baru-baru ini tular rakaman video yang menunjukkan sebuah kereta dicuri dihadapan pekerja yang sedang mencuci.

Difahamkan, pemilik kereta tersebut telah menghantar kenderaannya ke Pusat Servis Mitsubishi Chan Sow Lin dan sebaik selesai servis, mereka menghantar kereta tersebut untuk dicuci.

Di dalam rakaman video CCTV tersebut jelas menampakkan seorang lelaki yang berdiri di sebelah kereta tersebut sambil membelek telefon bimbitnya.

Kemudian pencuri tersebut bingkas memasuki kereta dan belum sempat tukang cuci tersebut cuba menghalang, pencuri terbabit terus memecut laju meninggalkan tempat kejadian.

Jadi kepada pengguna kereta di luar sana, berhati-hatilah kalau nak menghantar kenderaan untuk dicuci, pastikan anda sentiasa berada bersama kenderaan kesayangan anda.

Tonton video penuh dibawah:

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply