Honda Malaysia Tekad Kuasai Pasaran Malaysia Dengan 3 Langkah Ini!

Honda Malaysia kekal sebagai pengeluar kenderaan luar utama di negara ini buat kali keempat berturut-turut selain mengekalkan kedudukan kedua keseluruhan dalam Total Industry Volume (TIV) buat kali ketiga berturut-turut.

Bagaimanapun, bagi memastikan Honda terus menerajui segmen kenderaan luar utama di negara ini, Honda Malayasia telah menggariskan 3 strategi utama:

Ini 3 strategi utama dijanjikan Honda bagi tahun akan datang:

1) Meningkatkan kualiti khidmat pelanggan

Selain daripada menawarkan produk berkualiti, Honda Malaysia fokus dalam menawarkan servis khidmat pelanggan terbaik. Honda menjanjikan layanan pelanggan kelas pertama di semua wakil pengedar. Wakil Honda juga akan dilatih untuk memberikan pengalaman unik kepada pelanggan. Pelbagai manfaat dan servis turut menanti pelanggan!

2) Merperkuatkan rangkaian pengedar

Honda Malaysia sentiasa aktif dalam mempertingkatkan rangkaian pengedar dengan lebih 120 pengedar berdaftar – 83 di Semenanjung, 15 di Sabah dan Sarawak – termasuk 22 Pusat Body and Paint.

Kemudahan akses ke pengedar Honda terdekat memastikan pelanggan tidak perlu berjalan jauh untuk datang.

3) Perkenalan model baharu

Honda Malaysia bercadang untuk memperhangatkan pasaran kenderaan negara dengan memperkenalkan beberapa model baharu. Honda memulakan tahun 2019 dengan mempersembahkan model baharu HR-V 1.8L RS dan juga model hyrbrid pertama dalam segmen SUV kompak, HR-V 1.5L Sport Hybrid i-DCD, awal tahun ini. Sebulan berikutnya, Honda memperkenalkan Jazz Mugen dan BR-V Special Edition keluaran terhad dengan hanya 300 unit sahaja ditawarkan.

Honda Malaysia kekal optimis arah tuju strategik baharu ini akan menjadi batu loncatan bagi mereka mencapai sasaran ditetapkan bagi 2019 di samping menjanjikan kepuasan pelanggan.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply