BMW Malaysia Memperkenalkan The 8

BMW Malaysia memperkenalkan The 8, sebuah jentera baharu dalam keluarga BMW yang dijanjikan akan menggegar dunia empat roda dengan prestasi luar biasa, reka bentuk emotif serta inovasi yang tiada bandingannya.

The 8 merupakan ahli baru dalam barisan sedia ada BMW. Lahir di atas litar lumba, kereta tersebut merupakan gabungan di antara enjin berkuasa tinggi dan sistem pacuan empat roda yang pintar BMW xDrive yang bakal menetapkan petanda aras baharu dalam segmen kenderaan coupe mewah.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl, menjelaskan BMW 8 Series bakal menetapkan petanda aras baharu dalam era kini.

“Di BMW Group, kami sentiasa memberikan perhatian terhadap masa hadapan, dan Generasi Pertama BMW 8 Series membuktikan kenyataan tersebut. Diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 1989, coupe sport mewah ini tampak gah dan tidak dapat ditandingi oleh jentera lain dari segi prestasi, inovasi dan kemewahan.

“Ia merupakan kenderaan BMW pertama yang memperkenalkan pendikit (throttle) pacuan berwayar elektronik, Pengawal Stabiliti Dinamik (Dynamic Stability Control) dan Pengendalian Aktif Integral (Integral Active Steering) dengan penggunaan teknologi gandar belakang ‘multi-link’.

“Selepas tiga dekad, kami telah mengambil legasi yang berpaksikan masa hadapan menerusi BMW 8 Series, dan kami membawakan coupe sport mewah ini ke dalam era moden untuk menetapkan standard alaf baharu,”jelasnya.

‘The 8’ – yang akan diperkenalkan menerusi varian BMW M850i xDrive Coupe – turut menampilkan reka bentuk moden bercirikan kereta sport. Jarak roda yang panjang serta kelebaran trek roda yang luas turut memainkan peranan besar dalam menghasilkan elemen visual yang mendefinisikan ‘The 8’.

BMW turut memperkenalkan enjin 4.4 liter V8 terbaru dengan pengecas turbo berkembar menerusi BMW M850i xDrive Coupe yang akan menjelmakan kuasa luar biasa dan berupaya mencapai kelajuan 250 km/h.

Penggayaan The 8 turut menjadikan kereta sport ini memiliki perwatakan tersendiri. Reka bentuk lampu ‘BMW Laserlight’yang disertakan turut merupakan yang paling langsung berbanding semua model BMW lain.

Seperti model BMW M lain, The 8 turut dikenal pasti dengan mudah menerusi penampilan warna kelabu (Cerium Grey). The 8 turut dilengkapi dengan brek M Sport 19″ selain dan aloi ringan 20″ dengan pengayaan y-spoke 728M.

Berikut antara hak istimewa diberikan kepada pemilik BMW M850 i xDrive Coupe:

– Waranti Perbatuan Tanpa Had Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma
– Program Waranti Tayar Bertempoh 2 Tahun/24 Bulan oleh BMW untuk penawaran servis ‘Run Flat Tyre’
– Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW
– Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – BMW White Card
– Servis Dalam Talian oleh BMW

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply