Bina Karier Dalam Industri Automotif Bersama Naza

Kolej Perniagaan dan Teknologi Naza, anak syarikat Kumpulan Naza sedang menawarkan potongan sehingga 30 peratus ke atas yuran pembelajaran bagi sesiapa yang hadir ke Hari Terbuka yang berlangsung setiap hujung minggu sehingga 7 April.

Pelajar yang berminat mengejar kursus diploma dalam bidang automotif bakal mendapat potongan 10 peratus apabila mendaftarkan diri di Hari Terbuka.

Kolej Naza turut menawarkan biasiswa Anugerah CEO Naza bagi pelajar yang cemerlang dalam bidang sukan dan kesenian dengan potongan30 peratus daripada yuran pembelajaran dan 20 peratus potongan yuran bagi pelajar dengan isi rumah berpendapatan rendah (tidak lebih daripada RM4000 sebulan).

Pelajar yang mencatat keputusan baik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) turut berpeluang mendaftarkan diri untuk Biasiswa Merit Naza.

Biasiswa lain yang turut ditawarkan adalah biasiswa berkembang dan Naza Family Edu-Aid yang menawarkan potongan yuran sehingga 50 peratus sekiranya ibu bapa pelajar bekerja bersama Kumpulan Naza.

“Kolej Perniagaan dan Teknologi Naza berdedikasi dalam menawarkan latihan automotfi terbaik kepada pelajar dengan harapan mereka dapat memulakan kareer dalam industri automotif. Ini adalah misi kami dalam memastikan mereka bersedia dan yakin dalam memulakan kareer.

“Kami percaya setiap pelajar tanpa mengira latar belakang mereka, berhak mendapatkan pelajaran yang berkualiti selagi mereka memiliki keazaman, semangat dan kelayakan untuk mengejar impian masing-masing. Dengan pelbagai bantuan kewangan yang disediakan, kami menyediakan platform bagi pelajar untuk mengejar pendidikan tanpa mengira kedudukan kewangan mereka,”kata Ketua Pegawai Eksekutif, Kolej Perniagaan dan Teknologi Naza, Dr. Jagdeep Jassel.

Pelajar yang berminat untuk membangunkan kareer dalam industri automotif digalakkan untuk datang ke kampus Kolej Perniagaan dan Teknologi Naza di Glenmarie, Shah Alam bagi mendapatkan maklumat lanjut daripada kakitangan yang berpengalaman.

Bukan itu sahaja, pelajar yang datang di Hari Terbuka turut berpeluang memenangi dua tiket untuk menyaksikan Festival GT Asia yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang dari 15 hingga 17 Mac ini.

Kursus pengajian ditawarkan:

– Diploma Teknologi Sukan Permotoran

– Diploma Teknologi Motosikal

– Diploma Pengurusan Perniagaan Automotif

– Diploma Teknologi Automotif (Kenderaan Ringan)

Kolej Perniagaan dan Teknologi Naza turut akan memperkenalkan beberapa kursus baharu Mei ini, antaranya Diploma Teknologi Maklumat, Diploma Perakaunan, Sijil Kajian Perniagaan, Sijil Teknologi Automotif dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Kolej Perniagaan dan Teknologi Naza dan Hari Terbuka, hubungi 03-5569 6292, atau 017-366 5543 (Azura), 011-11326386 (Elly) dan 017-2773964 (Rasyid)

 

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply