Yamaha Tenere 700 Mula Dijual Pertengahan 2020

Kredit foto: Yamaha Motorsports

Setelah sekian lama menanti, akhirnya kemunculan model baharu Yamaha Tenere 700 bakal menjadi kenyataan.

Yamaha mengumumkan pelancaran motosikal kembara itu – yang bermula sebagai Yamaha T7 Concept – akan dikenali sebagai Yamaha Tenere 700.

Kredit foto: Yamaha Motorsports

Difahamkan, motosikal kelas pertengahan yang direka berdasarkan konsep rali itu bakal dijual dengan harga USD10,965.

Model tersebut bakal sertai kelas pertengahan bagi segmen motor kembara sekaligus akan menyaingi Triumph Tiger 800 dan BMW F850 GS.

Kredit foto: Yamaha Motorsports

Buat masa ini, penjualan Tenere 700 hanya akan diadakan di seluruh Eropah sekitar pertengahan tahun 2020 (info daripada www.yamahamotorsport.com) dan tiada maklumat tambahan sama ada model ini akan didapati di Malaysia.

Spesifikasi Yamaha Tenere 700:

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]