Penyanyi Utama Kumpulan Prodigy Dan Penggemar Motosikal Keith Flint Meninggal Dunia

  • Penyanyi utama kumpulan Prodigy, Keith Flint, telah meninggal dunia.
  • Dia juga merupakan seorang penggemar dan pelumba motosikal, dan pernah menjadi pengurus pasukan.
  • Keith pernah memiliki sejumlah motosikal sepanjang hayatnya.

Penyanyi utama kumpulan Prodigy, Keith Flint, telah meninggal dunia pada usia 49 tahun. Berita ini telah mengejutkan semua peminat di seluruh dunia. Dia telah dijumpai di rumahnya di Dunnow, Essex.

Prodigy adalah sebuah kumpulan elektronik dance yang terkenal dengan lagu “Firestarter” pada pertengahan tahun 90-an, dan berjaya mengecapi pencapaian tujuh album yang menduduki no. 1 dalam carta, bersama dengan berbilang lagu yang menduduki tangga 10 teratas dalam carta. Flint juga dikenali sebagai penggemar dan juga pelumba motosikal. Dia pernah disiarkan dalam pelbagai majalah sama ada untuk laporan tunggang uji motosikal baharu mahu pun meliputi pelibatannya dalam perlumbaan motosikal.

Motosikal pertamanya adalah model Yamaha FS1-E, sebelum bertukar kepada Yamaha RD80LC dan RD400. Dia kemudiannya telah mendapatkan sebuah Suzuki GSX-1100 EFE, yang mana telah diubahsuai bagi kepada kapasiti 1190cc.

Flint kemudiannya telah membeli sebuah motosikal Honda CBR900RR Fireblade sewaktu ia diperkenalkan pada tahun 1992 dan telah mengubahsuainya dengan kemasan warna Repsol, kerana idolanya adalah Mick Doohan. Dia kemudiannya menjual motosikal berkenaan dan membeli model sama untuk digunakan atas litar.

Keith mula berkecimpung dalam perlumbaan motosikal selepas dia mencuba jentera Red Bull Ducati tunggangan Sean Emmett pada tahun 1998. Sejak itu, Keith mula menyertai beberapa buah pusingan perlumbaan Superbike. Sebuah kemalangan yang teruk telah membantutkan aspirasi perlumbaannya kerana pada ketika itu kumpulannya sedang dalam penghasilan album “Firestarter” mereka. Album “Firestarter” ini merupakan album terlaris Prodigy.

Dia kemudiannya telah menyertai pasukan Hottrax sebagai pengurus dalam perlumbaan ketahanan dan telah berjaya keputusan yang memberangsangkan. Pasukan tersebut mendapat tempat ke-empat pada tahun pertama mereka, dan berjaya memenangi perlumbaan pada tahun yang berikutnya. Mereka kemudiannya menyertai kejohanan kebangsaan pada tahun 2017 dan memenangi kejohanan tersebut pada tahun 2018.

Sebuah lagi pasukan di bawah pengendaliannya bertanding dalam British Supersport, dibarisi penunggang James Ripsoli.

Motosikal terakhir milik Keith adalah sebuah KTM 350 EXC untuk penunggangan enduro dan sebuah TTR150 yang digunakan untuk penunggangan ‘flat-track’ di belakang rumahnya.

Sumber: MCN

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]