Naik Motosikal Boleh Jimat Hampir RM10,000 Setahun!

Advertisements

Jika dibandingkan di antara memandu kereta dan menunggang motosikal, risiko kehilangan nyawa yang dihadapi penunggang motosikal adalah lebih tinggi ekoran ketiadaan ciri keselamatan dan perlindungan seperti kenderaan empat roda.

Bagaimanapun, ramai yang tidak sedar bahawa menunggang motosikal adalah cara yang terbaik sekiranya anda mahu menjimatkan duit.

Melalui perkongsian pengguna Facebook, Nur Aliah Mohd Nor, dia menceritakan bagaimana membawa motosikal ke tempat kerja dan pulang ke rumah mampu menjimatkan duit hampir RM10,000 setahun.

MEMANDU KERETA (CONTOH: Myvi)

Ansuran RM6,960 (RM580/sebulan)

Petrol RM2400 (RM200/sebulan)

Servis RM750/setahun

Roadtax RM550/setahun

Tol RM1440 (RM120/sebulan)

Lain² RM250/setahun

Jumlah perbelanjaan : RM12,350

 

MENUNGGANG MOTOSIKAL 

Ansuran: RM1,800 (RM150/sebulan)

Petrol RM360 (RM30/sebulan)

Servis RM360 (RM30/sebulan)

Roadtax RM30

Jumlah perbelanjaan : RM2,550

 

Jumlah perbelanjaan kereta – Jumlah perbelanjaan motosikal = Duit yang anda jimat!

RM12,350 – RM2,550 = RM9,800 kita boleh jimat!

 

Aliah membuktikan bahawa dengan beralih daripada kereta ke motosikal, orang ramai dapat melakukan penjimatan hampir RM10,000.

Tips dikongsikan Aliah mendapat perhatian orang ramai terutamanya graduan yang baru sahaja memulakan alam pekerjaan.

Bagaimanapun, dia turut berkongsi tips seandainya perlu juga membeli kereta:

Kalau perlu juga untuk beli kereta, boleh dengan syarat buat kiraan yang betul sebelum beli. Ni contoh kiraannya,

Gaji bulanan RM3,000 x 12 bulan = RM36,000

Jadi kereta yang kita mampu beli berharga RM36,000 sahaja.

Pastikan juga bayaran kereta kita sebaiknya bawah 15% dari gaji.

Maksudnya untuk gaji RM3,000 ansuran bulanan kereta mesti kurang dari RM450 je tau.

Jadi kalau ada kenalan di luar sana yang sanggup berulang-alik dengan menunggang motosikal, percayalah mesti ada hampir RM10,000 dalam simpanannya.