Kenapa Anda Wajib Beli Dominar 400 2019

Kredit foto: Facebook OVERDRIVE

Belum puas orang ramai mengagumi Dominar 400 keluaran Bajaj Auto LTD sejak diperkenalkan secara rasmi dua tahun lalu, kini pengeluar kedua terbesar di India itu mengambil langkah berani apabila bakal memperkenalkan model yang telah ditambah baik bagi tahun 2019.

Ketika diperkenalkan pada 2017 di Malaysia menerusi kerjasama bersama Modenas, sebanyak 2000 unit telah berjaya dijual dalam tempoh empat bulan pertama.

Bagi memastikan kejayaan itu diteruskan bagi tahun 2019, Bajaj bakal memperkenalkan model sama yang telah dinaik taraf dengan pelbagai ciri yang lebih menarik!

Meskipun model 2019 dan model sebelumnya kelihatan seakan sama namun Bajaj telah melakukan beberapa perubahan ketara antaranya daripada aspek prestasi enjin.

Kredit foto: Facebook OVERDRIVE

Bagi model 2019, Bajaj telah meningkatkan kuasa enjin kepada 39.9hp pada 8,650 rpm berbanding 35hp pada 8,000 rpm sebelum ini.

Model 2019 turut mengguna pakai fork terbalik – upside down fork(USD) – berbanding fork konvensional – telescopic – seperti model sebelumnya.

Bajaj turut menaik taraf sistem ekzos ‘single exit’ kepada ‘dual exit’ bagi memastikan enjin beraksi lebih mantap.

Kesudahannya? Dominar 400 2019 mampu mencapai kelajuan maksima 160km/h berbanding 155km/h sebelum ini.

Bukan itu sahaja, model 2019 turut disertakan dengan petunjuk gear di paparan kedua yang terletak di bahagian tangki sekaligus memadam keresahan orang ramai yang sebelum ini mempersoalkan ketiadaan petunjuk gear bagi model 2017.

Kredit foto: Facebook OVERDRIVE

 

 

 

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]