Audi Malaysia Tampil Dengan SUV Premium Terbaru

Audi Malaysia menandakan permulaan baru bagi jenama itu di Malaysia apabila melancarkan empat model SUV premium baharu daripada siri Q.

Audi memperkenalkan model Q2 yang didatangkan dengan pelbagai kelengkapan teknologi termaju serta penggayaan terkini.

Berkonsepkan kenderaan ‘urban’, Q2 tampil dengan rekaan progresif dan memiliki ciri praktikal yang tinggi.

 

 

Selain itu, Audi turut memperkenalkan generasi terbaru bagi model Q5 yang merupakan model paling laris yang pernah dikeluarkan.

Tampil lebih berkuasa berbanding model sebelum ini, Audi Q5 turut didatangkan dengan rekaan ‘sporty’dan terkini.

Sistem pacuan ‘quattro’ dengan teknologi ultra serta enjin ‘turbo fuel stratified injection'(TFSI) dijamin memberikan kuasa yang lebih baik untuk pemandu.

Sementara itu, Audi turut menawarkan model Q7 yang merupakan kenderaan quattro yang lebih berkuasa.

Meskipun memiliki enjin 3.0 liter namun berpegang pada prinsip ‘lightweight’, model asas bagi varian ini adalah 325 kilogram lebih ringan berbanding model sebelum ini.

Faktor ini sekaligus membuatkan Q7 sebagai kenderaan paling ringan dalam kelasnya.

Tidak cukup dengan itu, Audi turut memperkenalkan Audi Q8 yang merupakan ahli baru dalam siri Q.

Hadir dengan imej SUV bersaiz besar dan mewah, Q8 didatangkan dengan ruang dalaman yang cukup luas untuk pemandu dan penumpang di samping ruang bagasi yang lebar.

Q8 turut disertakan dengan sistem suspensi maju dan sistem bantuan pintar sekaligus menjadikan model ini sesuai untuk urusan perniagaan mahupun pemanduan bersahaja.

Lebih menarik , Q8 didatangkan dengan enjin 3.0 TFSI dengan sistem ‘mild hybrid’ sekaligus mampu menghasilkan 340hp.

Model ini juga disertakan dengan sistem pacuan quatrro yang dijamin mampu memberikan pengawalan sempurna.

Senarai harga bagi empat model siri Q:

  • Audi Q2 1.4 TFSI COD S Tronic (Sport) (RM219,900**)
  • Audi Q5 2.0 TFSI (RM339,900**)
  • Audi Q7 3.0 TFSI (RM 599,900**)
  • Audi Q8 3.0 TFSI quattro (RM727,900**)

Untuk maklumat lanjut berkenaan jenama dan model-model kenderaan Audi Malaysia, layari laman web rasmi http://www.audi.com.my. Anda juga boleh mengikuti akaun Instagram @audimalaysia.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]