Proton Iriz 2019 pun dah ada ‘HI PROTON’!

Proton Iriz 2019 baru sahaja dipratontonkan kepada pihak media Malaysia semalam di Proton Centre of Excellence (COE) semalam dah secara terus-terang, generasi terkini Proton Iriz memang nampak menarik. Model kali ini telah dikemaskini dan ditambahbaik dengan lebih 300 perubahan (367) yang akan menarik perhatian ramai rakyat Malaysia dengan reka bentuk dan kelengakapan baharu.

Dengan Proton masih meraikan kehangatan SUV premium pertama mereka Proton X70, mereka berasa bahawa kejayaan ini boleh juga disalurkan kepada model segmen-B paling kompak keluaran mereka iaitu Proton Iriz. Hasilnya? Iriz generasi baharu yang bukan sahaja lebih bergaya malah berteknologi tinggi dan jauh lebih maju dari segi pembinaan, prestasi dan juga kualiti keseluruhan.

Gabungan kuasa Proton dan Geely telah menghasilkan Proton Iriz yang mempunyai rupa bentuk yang bukan sahaja moden tetapi sesuai untuk semua pihak tidak kira umur. Bahagian hadapan kereta kini mempunyai beberapa ciri menarik seperti lampu depan halus bersama lampu siang DRL, bar krom “Ethereal Bow” dan gril radiator corak “Infinite Weave” tersendiri yang diilham dari abangnya iaitu Proton X70.

Bahagian belakang juga telah melalui perubahan besar dimana perkataan Proton tampak lebih jelas di bahagian ‘tailgate’. Ini memberi sebuah imej kenderaan yang lebih lebar, besar dan ‘stabil’. Nama Iriz juga tampil dengan rekaan huruf unik baharu dan kemasan yang lain termasuk sirip yu dan rim aloi reka bentuk bilah baharu.

Bahagian dalaman juga telah melalui perubahan ketara dimana kabin sekarang lebih gelap dan selesa. Sebagai satu pilihan kereta pertama yang sesuai untuk rakyat Malaysia, generasi muda juga boleh menikmati beberapa teknologi unit stereo pintar yang terdapat pada model Proton X70 tetapi pada pakej harga yang lebih rendah (harga akan diberitahu pada masa terdekat).

Unit stereo pintar yang menggunakan kad eSIM dan memori dalaman 16GB menawarkan pelbagai aplikasi menarik seperti pengaliran muzik (online music streaming), sistem navigasi dan pengecaman suara. Segala akses kepada aplikasi boleh digunakan melalui skrin sentuh 7-inci termasuk Wi-Fi, smartphone mirroring dan juga kawalan suara yang dimulai dengan ‘Hi Proton’.

Setakat ini, harga masih belum diumumkan TETAPI (besar tetapi kali ini) Proton akan mengadakan ‘jualan kilat’ dimana anda boleh menempah Proton Iriz 2019 dalam talian pada harga RM9.99! Promosi yang bermula dari 1 hingga 10 Mac 2019 juga akan diberi ganjaran cukai jalan percuma selama dua tahun.

Terdapat lima varian berbeza bagi Iriz 2019 iaitu Standard 1.3L MT, Standard 1.3L CVT, Executive 1.3L CVT, Executive 1.6L CVT dan Premium 1.6L CVT.

Pratonton kepada pelanggan akan dibuat secara berperingkat di beberapa cawangan Proton Edar dimana lokasi pertama adalah Proton Edar 4S Chan Sow lin di Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur pada hujung minggu ini (2-3 Mac 2019). Tunggu apa lagi?? Layari www.proton.com sekarang untuk membuat tempahan!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply