Pusat 3S Volvo Setia Alam dilancarkan

Volvo Car Malaysia bersama dengan pengedar pilihan terbaru mereka, Motion Beyond, telah melancarkan pusat perkhidmatan 3S Volvo yang baharu di Setia Alam. Pelancaran pusat 3S terkini dari Volvo Cars Malaysia dan juga Motion Beyond ini mengorak langkah ke masa depan cerah jenama kenderaan premium berkenaan di dalam negara.

Pembukaan pusat 3S terkini ini menunjukkan komitmen Volvo Car Malaysia untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada para pelanggannya dengan memperluaskan rangkaian peniaga serta meletakkan langkah-langkah untuk meningkatkan lagi pengalaman pelanggan secara keseluruhan.

Menurut Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Lennart Stegland, “Sejak kita memulakan rancangan transformasi, kita telah melihat ‘upvote’ yang luar biasa dari pelanggan kami berdasarkan tinjauan yang dijalankan. Sebagai jenama yang berpusatkan kepada rakyat, ini adalah petunjuk penting yang kita sedang menuju ke arah yang betul.”

Setakat ini, Volvo Car Malaysia mempunyai 11 pusat pameran rasmi di seluruh negara di mana lima daripada jumlah ini bertempat di dalam kawasan Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Tahun ini, Volvo Car Malaysia berhasrat untuk meluaskan lagi empayar mereka terutama sekali di kawasan yang belum diwakili.

“Perkara terpenting bagi kami (Volvo Car Malaysia) adalah untuk memastikan rakan kongsi peniaga yang berwibawa dan bersemangat dengan jenama bagimemastikan mereka mewakili jenama dengan cara yang betul dan konsisten – ini adalah janji kepada pelanggan kami,” tambah Stegland.

Lokasi pusat 3S Volvo Setia Alam yang terletak antara Shah Alam dan Klang akan mempertengahkan konsep bilik pameran dan piawaian perkhidmatan Volvo yang dipanggil ‘Volvo Retail Experience (VRE)’ iaitu pendekatan yang berpusat pelanggan Volvo dan gaya Scandinavia dalam penjualan kenderaan premium mereka.

Pusat 3S Volvo Setia Alam akan beroperasi dari 9 pagi hingga 7 malam dari Isnin hingga Sabtu dan 10 pagi hingga 5.30 petang hari ahad dan juga cuti-cuti umum. Khidmat servis kenderaan akan beroperasi dari 9 pagi hingga 5 petang Isnin hingga Sabtu (tutup pada Ahad dan cuti-cuti umum). Untuk maklumat lanjut, anda boleh berhubung dengan Encik Deric Chong di [email protected] atau menghubungi talian +60 1 2535 8592.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply