International Motomania of Kuala Lumpur 2019 (IMKL 2019) Menggegarkan Kuala Lumpur

  • Pesta International Motomania of Kuala Lumpur 2019 (IMKL 2019) sedang berlangsung sekarang dan sepanjang hujung minggu ini.
  • Acara ini diadakan di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), berhampiran dengan KLCC.
  • Ke semua jenis motosikal dialu-alukan di mana akan ada pelbagai jenis aktiviti, permainan, gerai, dan konsert yang diadakan sepanjang pesta ini.

Pesta tahunan International Motomania of Kuala Lumpur 2019 (IMKL 2019) kini sedang berlangsung sekarang dan sepanjang hujung minggu ini di pusat bandar Kuala Lumpur.

Festival ini bertujuan bagi menyatukan para penunggang motosikal tidak mengira jenis, jenama dan kapasiti motosikal, supaya semua penunggang motosikal boleh bertimbang rasa antara sesama mereka dengan memahami gaya hidup satu sama lain.

IMKL ini tidak seperti pesta motosikal lain di Malaysia. Penganjurnya telah mengatur pelbagai jenis program dan hiburan buat para pengunjung.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah disediakan adalah:

  • Pertandingan motosikal retro.
  • Pertandingan motosikal buatan khas.
  • Pertandingan kugiran.
  • Pertunjukan gaya bebas OSBMX.
  • Sukaneka untuk penunggang motosikal.
  • Kunjungan penunggang motosikal wanita.
  • Bertukar-tukar plak antara pembina motosikal buatan khas tempatan dan luar negeri.
  • Permulaan Kembara Motosikal Dunia 365 hari ke “New York Peace Ride”.
  • Cabutan bertuah.
  • Konsert oleh Datuk Awie, Mus May, Bandi Amuk, Asheed Def Gab C, Nik Putra, Hatta Junction, Blank Gamma, Ali Lela, Dwan Olan.
  • Gerai-gerai promosi, antaranya oleh Harley-Davidson Petaling Jaya.
  • Permainan dan promosi istimewa oleh Shell Lubricants.

Marilah sama-sama kita memeriahkan festival yang berlangsung pada hujung minggu ini! Pesta IMKL 219 akan dibuka dari jam 9 pagi hingga 12 tengah malam pada hari Sabtu, dan 9.30 pagi hingga 5 petang pada hari Ahad.

Festival IMKL 2019 ini berlangsung di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), di jalan Ampang (berhampiran KLCC).

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]