Porsche 911 Turbo S 1,200hp kejar 320kmh di PANTAI?

Sememangnya terdapat ramai peminat jenama Porsche di dunia kerana sejarah mereka dalam mengeluarkan jentera yang bukan sahaja cantik malah berprestasi tinggi. Sedia ada, semua model keluaran mereka mampu menjana kuasa menakjubkan tetapi terdapat satu Porsche 911 Turbo S dari Guernsey, Kepulauan British yang mempunyai sedikit keistimewaan.

Dibina oleh MADMAX Racing Team, Porsche 911 Turbo S telah ditala dengan segala modifikasi untuk menjana kuasa yang amat tinggi. Pasukan tersebut menyatakan bahawa ia menghasilkan 1,200hp dan bersama pemandu mereka Zef Eisenberg, mereka ingin mencipta rekod baharu di pantai Pendine Sands, Wales.

Sasaran mereka? 200mp/h atau 321.8km/h. Ini mungkin bukan nombor yang tinggi tetapi tempat bersejarah di tepi pantai Pendine Sands sepanjang 11km mungkin merupakan satu perkara yang gila untuk dilakukan oleh kerana kawasan berpasir mampat dan bukan di atas jalan raya.

Zef Eisenberg (Imej kredit: MCN)

Zef Eisenberg bukan pemandu biasa kerana beliau pernah mencatat kelajuan rekod terpantas di kawasan pasir menggunakan Suzuki Hayabusa yang telah dipasang dengan ‘supercharger’ binaan MADMAX. Einsenberg berjaya mencatat kelajuan 324.4km/h dan beliau juga memegang rekod kemalangan motosikal terpantas Britain dengan kelajuan 230mph atau 370km/h!

Imej kredit: MCN

Pada April 2019, beliau telah memilih sebuah Porsche 911 Turbo S keluaran 2015 dan telah pun berjaya mencatat kelajuan 175mp/h (281km/h). Walaupun berkuasa 550hp, Einsenberg masih tidak berpuas hati dan ingin mencatat sejarah dengan kuasa yang lebih tinggi iaitu 1,200hp. Kuasa tinggi ini diperlukan untuk mencatat kelajuan sasaran diatas permukaan pasir pantai Pendine Sands.

Setakat ini, Porsche 911 Turbo S tersebut telah dengan enjin 4.2-liter telah melalui ‘upgrade’ menyeluruh dimana ia mempunyai bahagian dalaman, turbo, sistem penyejukan dan lain-lain yang baharu. Paling menarik? Kereta ini masih dalam kategori sah digunakan di jalan raya!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply