Alpinestars Keluarkan Jawapan Mereka Mengenai Kes Dainese

Ves Tech-Air Alpinestars – Sumber imej: Alpinestars
  • Alpinestars telah mengeluarkan jawapan mereka mengenai kes Mahkamah Rayuan Munich.
  • Mahkamah berkenaan telah membuat keputusan yang memihak dengan Dainese.
  • Alpinestars tetap dengan pendirian bahawa mereka tidak mencabuli hak paten Dainese.

Alpinestars (A-Star) telah mengeluarkan jawapan mereka tentang keputusan mahkamah Jerman baru-baru ini berkenaan dengan sebuah kes pencabulan paten melibatkan pengeluar kelengkapan dari Itali, Dainese.

Keputusan oleh Mahkamah Rayuan Munich akan memberikan kesan yang besar terhadap ves beg udara Tech-Air keluaran Alpinestars di pasaran Jerman. Dalam keputusan yang memihak kepada Dainese itu, mahkamah berkenaan telah mengeluarkan injunksi terhadap penjualan produk berkenaan di dalam negara tersebut. Di samping terpaksa menarik semula produk mereka dari pasaran, A-Star juga perlu membayar sejumlah besar kerugian.

A-Stars kini mencabar kes yang dikemukakan oleh Dainese yang mengatakan mereka telah mencabuli paten Dainese. Berdasarkan kepada bahasa dan penggunaan ayat dalam Sebaran Akhbar berkenaan, ternyata kes ini masih belum berakhir lagi.

Isu utama yang diperdebatkan adalah tentang bagaimana ves beg udara ini diterapkan dalam pakaian.

Sebaran Akhbar Alpinestars

Pada 7 Februari, 2019, Mahkamah Tinggi Daerah Munich telah membuat keputusan untuk menyokong dakwaan yang ves Alpinestars Tech-Air® telah mencabuli hak paten EP 2 412 257 B1 yang dimiliki oleh Dainese S.p.A.

Alpinestars ingin menjelaskan bahawa tindakan ini tidak melibatkan teras teknologi Alpinestars Tech-Air®; tidak sekali pun, sama ada pada masa lampau atau masa kini, ada tindakan mahu pun pencabulan paten yang melibatkan pengurusan elektronik, algoritma, atau mekanisma pengaktifan, atau mana-mana bahagian lain yang digunakan dalam teknologi Alpinestars Tech-Air® yang tercanggih dan tersendiri.

Selain itu, keputusan ini adalah terhad bagi wilayah di dalam negara Jerman sahaja. Ianya tidak mendatangkan kesan kepada mana-mana wilayah lain di dalam Eropah atau pasaran dunia yang lebih luas di mana Tech-Air® ini boleh didapati melalui rangkaian pengedar Alpinestars.

Pada asalnya Dainese telah mendakwa adanya pencabulan berdasarkan tiga buah paten di Jerman, yang mana tiada satu pun merujuk kepada teknologi Tech-Air®: Satu aduan telah ditarik balik oleh Dainese pada 22 Disember 2016, berkaitan dengan paten EP 2 373 188, dan paten ini telah ditarik balik oleh Pejabat Paten Eropah selepas itu. Dua paten yang masih ada telah dibicarakan dji Jerman. Paten yang kedua, EP 2 373 190, berkaitan dengan beberapa buah ciri khusus pada pundi udara yang digunakan dalam ves Tech-Air®, yang mana ianya telah dibatalkan sepenuhnya oleh Mahkamah Paten Persekutuan Jerman pada 15 Mei 2018. Dainese telah membuat rayuan keputusan berkenaan.

Paten yang ketiga, EP 2 412 257 B1, berkenaan dengan pemasangan am binaan pundi udara boleh kembung di dalam ‘poket’ pakaian, dilengkapi oleh panel elastik, adalah punca dakwaan pencabulan paten, yang mana telah dikeluarkan keputusannya pada minggu lalu. Sebaik sahaja pihak Mahkamah mengeluarkan keputusan bertulis, Alpinestars akan mengkaji butirannya sebelum membuat sebarang tindakan mengenai langkah seterusnya.

Alpinestars perlu menerangkan bahawa ia ada satu rayuan yang bergantung pada kesahihan paten ini (EP 2 412 257 B1) dalam Mahkamah Kehakiman Persekutuan Jerman.

Seperti yang telah dinyatakan secara konsisten sepanjang proses guaman ini, Alpinestars menghormati dan mematuhi penuh hak milik intelek pihak ketiga dan mengharapkan yang sama akan ditunjukkan kepada hak milik intelek mereka. Produk Tech-Air® Alpinestars yang teramat inovatif adalah hasil kajian dan pembangunan dalaman yang mengambil masa yang bertahun lamanya yang telah dijalankan oleh kakitangan kajian dan pembangunan terpintar pasukan mereka.

Sejak permulaan projek Tech-Air®, yang telah dimulakan pada tahun 2001, kebebasan untuk menunggang dengan inovasi prestasi perlindungan yang paling canggih telah menjadi objektif yang dikejar tanpa lelah oleh Alpinestars dan hasilnya adalah teknologi canggih yang tersendiri dan berkebolehan. Tech-Air® adalah beg udara pertama dunia yang memberikan perlindungan bahagian atas batang badan dalam sebuah ves yang boleh alih yang menerapkan sistem pengurusan elektronik bebas sepenuhnya, tanpa bantuan peranti luaran (pengesan atau GPS), dalam mengesan kemalangan dan pengembungan penuh beg udara sebelum impak pertama, dwi cas untuk trak mahu pun jalan tanah merah, seperti mana yang telah dipersembahkan dalam Rali Dakar 2019.

Produk Tech-Air® milik Alpinestars melambangkan sumbangan yang teramat inovatif dalam meningkatkan tahap keselamatan penunggang motosikal.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]