Penunggang Motosikal Mengamuk Dan Musnahkan Motosikalnya Sendiri Setelah Disaman

  • Seorang penunggang motosikal di Indonesia telah mengamuk dan memusnahkan motosikalnya sendiri.
  • Pihak polis telah menahannya kerana menunggang melawan aliran trafik dan mengenakan saman ke atasnya.
  • Dia memusnahkan motosikalnya dengan mengangkat dan menghempas, mencabut keluar kelengkapan, dan menghentaknya dengan batu

Seorang penunggang motosikal di Indonesia telah mengamuk dan memusnahkan motosikalnya sendiri setelah disaman oleh polis trafik.

Dalam insiden yang berlaku di Tangerang Selatan itu, penunggang motosikal yang dikenal pasti sebagai Adi Saputra, 21 tahun, telah ditahan kerana menunggang melawan aliran trafik. Dia kemudiannya cuba untuk tidak mengendahkan pegawai polis trafik berkenaan, jadi, dia telah dikenakan dengan saman. Selain daripada kesalahan menunggang melawan aliran trafik, dia juga menunggang tanpa helmet dan juga lesen.

Saman yang telah dikenakan telah menyebabkan penunggang motosikal berkenaan berasa berang dan dia mula menghamburkan kata-kata kesat ke arah pegawai polis berkenaaan.

Dia kemudiannya meneruskan amukannya itu dengan menghancurkan motosikal, dengan mengangkatnya dan menghempasnya, mencabut kelengkapan yang ada pada motosikal berkenaan, dan membaling motosikal tersebut ke semak yang berhampiran. Akhir sekali, dia telah menggunakan batu dan menghentaknya pada motosikalnya itu. Kita boleh mendengar pembonceng wanitanya merayu supaya dia berhenti.

Takut rasanya hendak kami fikirkan apa yang akan terjadi sekiranya dia menunggang seekor kuda.

Saksikanlah video yang telah dimuat naik ke laman Jakarta Info di bawah.

Pihak polis bagaimana tetap merampas motosikal berkenaan dan berjanji akan memulangkannya jika dia membawa dokumen yang diperlukan.

Menurut Ketua Unit Trafik Polis Tangerang Selatan, Adjutan Komander Lalu Hedwin Hanggara, unitnya telah menggerakkan 73 orang pegawai bagi menguatkuasakan undang-undang jalan raya bagi membanteras penunggangan berlawanan aliran trafik.

Mereka telah mengeluarkan saman pada lebih 700 orang pengguna jalan raya dalam masa seminggu.

Sumber: The Star Online/The Jakarta Post/Asia News Network

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]