Sambut Tahun Baru Cina bersama Ducati Petaling Jaya!

Sempena sambutan Tahun Baru Cina 2019 yang akan tiba tidak lama dari sekarang, Ducati Petaling Jaya yang terletak di dalam Naza Automall Petaling Jaya akan menawarkan beberapa promosi menarik bagi semua peminat Ducati di Malaysia.

Pada 26 dan 27 Januari 2019, anda boleh memiliki sebuah jentera Ducati terkini di dalam negara yang akan dipakejkan sekali dengan aksesori menarik seperti sistem ekzos prestasi dan kelengkapan menunggang seperti jaket touring, jaket kulit, helmet dan lain-lain. Terdapat lima model menarik menanti anda dan promosi Tahun Baru Cina Ducati Petaling Jaya adalah seperti berikut:

1) Ducati Panigale V4 S dengan pakej ekzos*

2) Ducati Multistrada 1200 Enduro dengan aksesori menunggang* (jaket touring dan helmet)

3) Ducati Scrambler 1100 Sport dengan pakej ekzos*

4) Ducati Hypermotard 939 dengan aksesori menunggang* (jaket kulit)

5) Ducati 959 Panigale Corse dengan aksesori menunggang* (helmet)

Tawaran Tahun Baru Cina dari Ducati Petaling Jaya akan berlangsung hujung minggu ini (26 dan 27 Januari 2019) dan akan berlangsung di Naza Automall, Petaling Jaya. Cepat sementara stok masih ada!

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, kunjungi Ducati Petaling Jaya atau layari halaman Facebook utama Ducati Petaling Jaya. Sambutlah Tahun Baru Cina 2019 bersama Ducati baru!

*pakej tertakluk kepada terma dan syarat. Stok pakej ekzos dan aksesori menunggang adalah terhad.
Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply