Boon Siew Honda lancar TIGA motor baharu!

Boon Siew Honda (BSH) telah melancarkan tiga model baharu bagi permulaan tahun 2019. Model-model tawaran terkini dari BSH adalah Honda Super Cub 125, Honda CBR1000RR Fireblade SP dan Honda CB1100 RS. Pelancaran motor baharu diadakan sempena pengumuman strategi utama BSH dalam menjadi jenama peneraju dalam industri motosika di dalam negara.

Honda Super Cub 125 – RM13,999

Selepas lebih 60 tahun dan jualan unit mencecah 100 juta di seluruh dunia, jelmaan Honda Super Cub C100 kini kembali untuk 2019 dalam bentuk Honda Super Cub C125. Bersedia untuk merempuh pasaran Malaysia, Super Cub generasi terkini merupakan kombinasi reka bentuk klasik bersama ciri-ciri moden seperti enjin 125cc SOHC empat-lejang dengan sistem suntikan bahan api yang mampu menjana 9.1hp @ 7,500rpm dan 9.98Nm tork maksimum pada 5,000rpm.

Super Cub C125 juga dilengkapi dengan ciri-ciri moden yang lain seperti pakej lampu LED, sistem kunci pintar Honda, tempat duduk yang boleh dibuka secara elektronik, tangki minyak 3.7-liter dan banyak lagi.

Terdapat tiga pilihan warna menarik iaitu biru mutiara (Pearl Niltava Blue), merah mutiara (Pearl Nebula Red) dan hitam (Pearl Shinning Black). BSH akan menawarkan model Super Cub C125 pada harga RM13,999 (harga jualan tanpa insurans).

Honda CBR1000RR Fireblade SP – RM114,999

Selepas perkenalan Honda CBR1000RR Fireblade di KLIMS 2018, BSH teruskan momentum superbike mereka dengan melancarkan model Honda CBR1000RR Fireblade SP.

Jentera yang direka khas untuk penggunaan litar memberi gaya tunggangan yang lebih hebat dalam pakej yang lebih ringan (195kg) bersama teknologi canggih menghasilkan pecutan dan kuasa menakjubkan.

Berkonsepkan “Next Stage Total Control”, model Fireblade SP didatangkan dengan enjin 1,000cc empat-silinder berjaya menghasilkan 189hp pada 13,000rpm dan 114Nm tork maksimum pada 11,000rpm. Model ini juga merupakan model Honda pertama yang dipasangkan dengan pakej suspensi elektronik pintar dari Ohlins.

Spesifikasi menarik yang lain adalah:

  • Tangki minyak titanium 16-liter
  • Sistem brek Brembo
  • Quickshifter
  • Cornering ABS

Model Fireblade SP didatangkan dengan warna HRC Tricolor pada harga RM114,999 (harga jualan tanpa insurans).

Honda CB1100 RS – RM75,999

Model terakhir dalam barisan motosikal Honda berkuasa tinggi yang memberi kejutan kepada ramai yang hadiri pelancaran sebentar tadi adalah Honda CB1100 RS. Gaya 70an ‘sporty’ memberi sebuah imej yang retro dan juga moden pada model motosikal ini.

Reka bentuk ini diserlahkan lagi dengan tangki minyak unik tanpa kesan pateri, lampu utama bulat dan dua instrumen jenis dial jenis LED. Enjin 1,140cc empat-silinder model ini mampu menjana 88.5hp pasa 7,500rpm dan 91Nm tork maksimum 5,500rpm.

Rekaan casis unik memberi sebuah imej motosikal yang lebih agresif dan ditambahbaikkan lagi dengan pakej suspensi hadapan Showa Dual Bending Valve (SDBV) dan suspensi belakang Showa berkembar dengan remote reservoir.

BSH akan menawarkan model CB1100 Rs dalam warna hitam metalik (Darkness Black Metallic) dan perak metalik (Mat Beta Silver Metallic) pada harga RM75,999 (harga jualan tanpa insurans).

Untuk maklumat lanjut, layari www.boonsiewhonda.com.my.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply