Peluang Buat Khairul Idham Pawi Dalam Pasukan Petronas Yamaha Sepang MotoGP

  • Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang, Dato’ Razlan Razali, telah menawarkan satu peluang buat Khairul Idham Pawi bagi menyertai pasukan MotoGP.
  • Peluang untuk menyertai pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team dalam MotoGP bergantung kepada keputusan Moto2 Pawi pada tahun 2019 dan 2020.
  • Pawi bakal menjadi penunggang MotoGP Malaysia pertama dalam sebuah pasukan MotoGP Malaysia sekiranya dia berjaya.

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Dato’ Razlan Razali telah menawarkan satu peluang buat penunggang negara, Khairul Idham Pawi untuk menyertai pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team dalam kejohanan MotoGP.

Datuk Razlan Ramli – Sumber imej: gpmalaysia

Khairul Idham Pawi telah mengejutkan dunia apabila dia memenangi dua buah perlumbaan Moto3 sewaktu musim sulungnya pada tahun 2016. Dia merupakan pemenang perlumbaan GP Malaysia yang pertama dalam mana-mana kategori. Kedua-dua kemenangan ini datang sewaktu perlumbaan hujan, namun dia masih belum dapat mengulangi prestasi tersebut sewaktu perlumbaan cuaca kering. Bagaimana pun, dia telah berpindah ke kategori Moto2 pada tahun 2017, namun dia hanya mampu berada di bahagian belakang grid.

Bagi tahun 2019, dia telah menandatangani perjanjian bersama dengan pasukan Petronas Sprinta Racing Team dan terus kekal dalam kelas Moto2.

Dato’ Razlan telah memberitahu Crash.net bahawa Pawi telah berpindah ke kategori Moto2 terlalu awal. Namun dari satu segi, dia yakin yang Pawi telah banyak belajar dalam dua tahun tersebut.

Dia telah datang melawat pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team di Valencia. Kami telah tunjukkannya sekeliling kawasan pasukan dan mengatakan, “awak ada dua tahun untuk tunjukkan kepada kami sesuatu kerana kami mahu anda menjadi penunggang MotoGP Malaysia pertama dalam pasukan ini.”

Dato’ Razlan berharap yang ‘kata-kata semangat’ itu akan memacu Pawi untuk untuk menunjukkan aksi terbaiknya sewaktu musim 2019, kerana ada haluan baginya untuk menyertai pasukan berkenaan.

Selain daripada Hafizh Syahrin yang menunggang untuk pasukan Tech 3 KTM pada tahun ini, mempunyai seorang lagi penunggang Malaysia, yang menunggang untuk sebuah pasukan Malaysia, akan memberikan lebih banyak sebab bagi peminat negara untuk berasa teruja.

Teruskan bersama kami bagi majlis pelancaran rasmi pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (MotoGP) dan Petronas Sprinta Racing Team dalam Moto3 dan Moto2 pada 28 Januari.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply