Honda UK Dedahkan Harga Bagi Honda CBR650R 2019

  • Honda UK turut mendedahkan harga bagi model Honda CBR650R 2019.
  • Motosikal CBR650R baharu telah dipertingkatkan keluaran kuasa dan dikurangkan beratnya.
  • Dan paling mengujakan sekali, ia kini tampak seperti sebuah CBR1000RR Fireblade!

Kami telah melaporkan sebelum ini bahawa Honda telah memperkenalkan model Honda CBR650R 2019 di EICMA 2018 dan ia telah menerima pelbagai reaksi yang positif. Namun, sebaik sahaja Honda Uk mendedahkan harga bagi CB650R semalam, mereka kini telah melakukan perkara yang sama bagi model CBR650R.

Model CBR650R adalah pengganti bagi motosikal lumba kelas pertengahan reraup penuh CBR650F semasa. Motosikal baharu ini menggunakan enjin yang sama seperti CB650R Neo Sport Café, yang telah menerima 5% lebih kuasa. Bersama dengan penurunan berat sebanyak 6 kg dari kerangka, tangki bahanapi, dan bahagian-bahagian yang lain, motosikal baharu ini meraih peningkatan sebanyak 8% dari segi nisbah kuasa-ke-berat. Ianya sesuatu yang boleh dirasai oleh para penunggang.

Ciri ergonomiknya juga telah diolah semula bagi memberikannya tunggangan yang lebih agresif. Palang pemegang ‘clip-on’nya digerakkan ke hadapan sebanyak 30mm, di samping direndahkan. Selain itu, Honda telah menggerakkan tempat letak kakinya ke belakang sebanyak 3mm dan 6mm ke atas. Atur cara ini meletakkan berat penunggang lebih kepada roda hadapan untuk pengendalian yang lebih sporty.

Honda turut mengemaskini casisnya. Motosikal baharu berkenaan kini dilengkapi dengan fork terbalik Showa SFF boleh laras sepenuhnya dan juga angkup empat omboh pautan jejari Nissin.

Akhir sekali, pakej ini dilitupi dengan panel badan yang diinspirasikan oleh motosikal lumba utama pengeluar berkenaan, CBR1000RR Fireblade.

Walaupun model CBR650R tidaklah menghasilkan kuasa sebanyak model CBR600RR yang telah dihentikan, motosikal berkenaan masih sebuah motosikal yang layak mengisi kekosongan tersebut. Malah, motosikal CBR650F pasti kelihatan seperti CBR650R sekiranya ianya meneruskan pembangunannya.

Oh ya, harganya, Motosikal Honda CBR650R 2019 ditetapkan pada harga £7,729 (RM40,730.66, mengikut pertukaran mata wang pada 15 Januari 2019).

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.