Helmet Pintar Shoei IT-HT Diperagakan di CES

  • Helmet pintar Shoei IT-HT telah diperagakan di CES (Consumer Electronics Show).
  • Ia dilengkapi dengan HUD (heads up display) dan kebolehan Bluetooth.
  • HUD berkenaan mampu memaparkan data penunggangan masa sebenar seperti kelajuan, rpm enjin, navigasi, dan lain-lain.

Setakat ini, helmet pintar hanya terbatas kepada para pengeluar bebas. Jenama ‘start-up’ seperti Jarvish dan Skully selalunya meraih dana melalui pendanaan awam. Namun kini Shoei telah memperagakan helmet pintar mereka di acara Consumer Electronics Show (CES) di Las Vegas, Nevada.

Jarvish Tawarkan Helmet Futuristik X dan X-AR

Helmet Shoei IT-HT dilengkapi dengan kebolehan Bluetooth dan paparan HUD (heads up display). Data penunggangan masa sebenar dipaparkan pada HUD yang lut cahaya, membolehkan penunggang untuk mengekalkan pandangannya ke arah jalan raya sepanjang masa.

Dan seperti mana ciri-ciri yang ditawarkan oleh pengeluar helmet pintar yang lain, penunggang boleh mengkhususkan data yang ingin dipaparkan seperti kelajuan, rpm enjin, navigasi, panggilan telefon, dan bermacam-macam lagi.

Ada juga pengeluar ‘start-up’ seperti Hudway, Nuviz, dan Seemore yang membekalkan peranti HUD tambahan, namun Shoei telah bekerjasama dengan NS West bagi membangunkan teknologi berkenaan. Syarikat dari Jepun itu menghasilkan instrumentasi dan navigasi untuk Mazda.

Helmet IT-HT adalah model demonstrasi pada ketika ini dan ibu pejabat Shoei masih belum mengumumkan bila ia akan mula dikilangkan. Bagaimana pun, mereka akan menjadi pengeluar helmet utama yang pertama yang mengorak langkah dalam teknologi helmet pintar sekiranya mereka meneruskan usaha ke arah tersebut.

Adakah ini akan menjadi pencetus buat para pengeluar helmet utama yang lain untuk menerokai teknologi helmet pintar?

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]