Boon Siew Honda Perkenalkan Warna Baharu bagi Honda Wave Alpha 2019 dan Honda BeAT 2019

  • Boon Siew Honda telah tampil dengan warna baharu bagi model Honda Wave Alpha 2019 dan juga Honda BeAT 2019.
  • Motosikal Honda Wave Alpha adalah peneraju semasa bagi segmen motosikal kapchai berkapasiti kecil.
  • Model BeAT 2019 merupakan generasi ketiga skuter automatik BeAT.

Boon Siew Honda telah melancarkan kemasan warna serta penggayaan baharu bagi model Honda Wave Alpha 2019 serta Honda BeAT 2019.

Honda Wave Alpha 2019

Motosikal Wave Alpha merupakan pendahulu semasa bagi segmen motosikal kapchai berkapasiti kecil di Malaysia. Ini adalah kerana Honda telah menghasilkannya sebagai motosikal untuk semua.

Untuk tahun 2019, Honda telah mengemaskini motosikal ini dengan warna dan kemasan grafik baharu untuk menarik minat pengguna yang muda dan juga yang lebih dewasa.

Model ini ditawarkan dalam dua varian. Varian yang pertama bercirikan roda tempa dan cakera brek hadapan. Varian yang berikutnya dilengkapi dengan roda berjejari dan brek dram di kedua-dua bahagian.

Skema warna baharu bagi varian cakera brek adalah Pearl Magellanic Black dengan kemasan warna kuning, Vivacity Red dan Pearl Nightfall Blue.

Bagi varian roda berjejari, skema warnanya adalah Vivacity Red, Pearl Magellanic Black dan Pearl Nightfall Blue.

Varian cakera brek ditetapkan pada harga RM4,516 manakala bagi varian roda berjejari adalah dari RM4,275 (harga asas tidak termasuk cukai, insurans, dan pendaftaran). Motosikal Honda Wave Alpha ini boleh didapati bermula hari ini.

Honda BeAT 2019

Ini adalah skuter BeAT generasi ke-tiga setelah ianya mula diperkenalkan pada tahun 2016. Model BeAT ini cukup popular kerana rupa parasnya yang menawan beserta penjimatan bahanapi yang menakjubkan, di samping ruangan simpanannya.

Ianya dijana oleh sebuah enjin suntikan bahanapi PGM-Fi, 108cc. Kuasanya diagihkan ke roda belakang melalui tali sawat V.

Model BeAT baharu kini dilengkapi dengan pengesan tongkat sisi yang tidak membenarkan enjin dihidupkan dan pemecutan tanpa sengaja. Enjinnya juga akan dimatikan apabila tongkat sisinya ditopangkan. Selain itu, model ini turut dilengkapi dengan ‘Combi Brake System’ yang mengaktifkan kedua-dua brek bagi menambahkan daya henti selain menstabilkan skuter sewaktu pembrekan keras. ‘Smart Lock System’ membantu apabila dalam keadaan pegun pada jalan yang cerun – seperti sistem Bantuan Mula Daki manual pada motosikal yang lebih besar.

Terdapat empat warna baharu bagi skuter BeAT 2019: Vivacity Red, Space Magenta Metallic, Pearl Nightfall Blue and Pearl Magellanic Black.

Boon Sie Honda menetapkan harga bagi skuter BeAT bermula dari RM5,365 (harga asas, tidak termasuk cukai, insurans, dan pendaftaran).

Model BeAT baharu ini akan boleh didapati bermula minggu hadapan.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply