MotoGP: Pedrosa Tidak Dapat Menghadiri Ujian Pemanas KTM Di SIC

  • Tulang selangka kanan Dani Pedrosa telah tercedera semula.
  • Dan oleh kerana itu, dia tidak dapat menghadiri ujian pemanas di SIC.
  • Tulang itu telah tercedera sewaktu latihan fizikal, dan bukannya akibat kemalangan.

Para peminat Dani Pedrosa pasti berasa hampa tidak dapat menyaksikan aksinya sewaktu ujian pemanas di SIC (Litar Antarabangsa Sepang) pada bulan Februari di atas jentera KTM RC16.

Dia telah mengalami kecederaan semula pada tulang selangka kanan, dan ianya bukanlah akibat kemalangan tetapi melalui satu “gesture of strength”, seperti mana yang telah dilaporkan dalam sebaran akhbar. Ini bermakna yang penunggang berkenaan mungkin sekali tercedera ketika melakukan latihan fizikal.

Kecederaan tersebut adalah akibat telah dua kali mengalami kecederaan patah tulang selangka tersebut dan memerlukan pembedahan untuk dipasang plet besi. Dan oleh kerana itu, tulang selangka tersebut telah terdapat lesi sklera (sclerotic lesion) yang melembabkan pertumbuhan semula. Tambahan pula, osteoporosis telah mula merebak akibat kekurangan aliran darah, menyebabkan tulang rapuh.

Kecederaan pada tulang selangka kanannya itu memerlukan satu lagi pembedahan dan tempoh pemulihan yang panjang sebelum dia boleh kembali untuk menunggang uji jentera KTM.

Dani Pedrosa telah bersara dari pasukan Repsol Honda dan juga perlumbaan kompetitif MotoGP pada tahun lalu. Dia kemudiannya mengumumkan bahawa dia akan mengambil peranan sebagai penunggang uji bagi pasukan pengilang KTM. Dia telah menunggang jentera KTM RC16 sewaktu ujian pasca musim di Jerez dan Valencia dan memberikan maklum balas kepada pasukan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.