Lesen Motosikal Percuma Di Terengganu Bermula Dari 1 Februari

  • Kerajaan Negeri Terengganu kini sedang menawarkan lesen motosikal percuma.
  • Program ini bermula dari 1 Februari dan akan berakhir pada 1 Mac 2019.
  • Ianya terbuka bagi penduduk berusia dari 16 hingga 40 tahun.

Kerajaan negeri Terengganu sedang menawarkan lesen motosikal percuma bermula dari 1 Februari 2019.

Tawaran ini adalah bagi membantu penduduk yang berusia antara 16 hingga 40 tahun untuk memiliki lesen motosikal B2 mereka. Anggaran kira-kira 25,000 orang calon dijangka akan mengambil bahagian dalam Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS) ini.

Pendaftaran melalui portal atas talian dan secara manual akan dibuka bermula dari 1 Februari hingga 1 Mac 2019.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah telah memberitahu Harian Metro bahawa warga belia Terengganu bakal mendapat manfaat dari program ini.

“Kami telah mengadakan mesyuarat dengan agensi-agensi yang terlibat, selain daripada mempromosikan dan mengedarkan borang-borang ke setiap Dewan Undangan Negeri (DUN), Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), serta Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK),” ujar Wan Sukairi.

“Calon boleh menghantar borang yang lengkap diisi ke pejabat MPKK, DUN yang berhampiran. Di sana, permohonan-permohonan tersebut akan disemak mengikut syarat yang telah ditetapkan.” ujarnya lagi.

Penawaran lesen motosikal percuma adalah sebahagian daripada janji dan Manifesto Pilihanraya Umum ke-14 kerajaan negeri sekiranya mereka memenangi tampuk kepimpinan negeri. Sejumlah RM7 juta akan diperuntukkan bagi program ini mengikut perbentangan belanjawan negeri.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply