Lelaki Gagal Ujian Memandu; Ugut Pegawai JPJ Dengan Pisau

  • Seorang lelaki berusia 18 tahun telah mengugut seorang pegawai JPJ dengan sebilah pisau setelah gagal ujian memandunya.
  • Dia telah melakukan berbilang kesalahan trafik termasuklah melanggar lampu isyarat merah sewaktu ujian tersebut.
  • Ini adalah kali ke-empat dia gagal ujian memandu.

Seorang lelaki yang telah gagal dalam ujian memandunya telah mengugut pegawai JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) dengan sebilah pisau. Kejadian ini telah berlaku di Batang Benar, Mantin, Negeri Sembilan.

Menurut Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar, Ketua Polis Daerah Nilai, lelaki yang berusia 18 tahun itu telah melakukan beberapa buah kesalahan trafik, termasuklah tidak berhenti sewaktu lampu isyarat merah. Oleh kerana itu, pegawai JPJ berkenaan mengarahkan lelaki tersebut untuk memberhentikan kenderaan selepas simpang lampu isyarat. Sewaktu bertukar tempat duduk, saspek telah mengeluarkan sebilah pisau berukuran 30 sentimeter dari beg galasnya.

Saspek kemudiannya telah menekan pisau tersebut pada rusuk kanan pegawai berkenaan, mengarahkan pegawai berkenaan untuk meluluskannya. Bagaimana pun, pegawai berkenaan berjaya membuka pintunya dan meninggalkan kereta tersebut. Dia kemudiannya telah menelefon penyelianya yang telah memaklumkan pihak polis.

Polis kemudiannya telah menahan lelaki berkenaan dan membawanya ke Balai Polis Mantin. Ketua Polis telah menyatakan bahawa saspek telah diuji negatif untuk dadah. Dia akan didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan untuk ugutan jenayah, sekiranya didapati bersalah.

Ini adalah kali ke-empat dia telah gagal dalam ujian memandu.

Sumber: Info Roadblock JPJ/Polis

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply