Model Ulang Tahun ke-50 Vespa Primavera 2019 Dilancarkan! Dari RM16,300!

  • Naza Premira (Vespa Malaysia) dengan secara rasminya telah melancarkan model Ulang Tahun ke-50 Vespa Primavera.
  • Model edisi khas ini telah dilancarkan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-50 Vespa Primavera yang diadakan di The Curve, Mutiara Damansara.
  • Model Vespa Primavera edisi khas ini telah ditetapkan pada harga asas RM16,300 (tidak termasuk insurans).

Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-50 Vespa Primavera, pengedar rasmi jenama Vespa di Malaysia (Naza Premira) dengan secara rasminya telah melancarkan model Vespa Primavera edisi Ulang Tahun ke-50. Sambutan dan pelancaran ini telah diadakan di The Curve Mutiara Damansara di hadapan ratusan pemilik setia Vespa dari seluruh negara.

Dilancarkan buat julung kalinya pada tahun 1968, model Vespa Primavera ini telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan di seluruh dunia dengan tarikannya yang lincah dan berjiwa remaja, yang mana ianya telah dipakejkan bersama dengan aspek keselamatan dan inovasi. Selepas penghasilan dan inovasi selama 50 tahun, Vespa Primavera 2019 yang baharu ini menjanjikan tahap keselesaan dan gaya yang lebih hebat, di samping reka bentuk yang menawan.

Sekilas pandang jentera Vespa baharu ini, kita akan dapati yang ianya didatangkan dalam dua kemasan warna; warna ala-pastel Light Blue, dan Matte Brown, yang dilengkapi dengan pelana yang sedondon warnanya, roda tempa aluminium lima jejari 12 inci, bersama dengan logo pelindung hadapan baharu serta lencana bagi menandakan ulang tahun ke-50nya dalam industri.

Aspek-aspek baharu lain yang ada pada model Vespa Primavera edisi khas ini adalah:

  • Logo ulang tahun ke-50 khas
  • Grafik paparan pemuka baharu.
  • Reka bentuk lampu belakang baharu.
  • ‘Tie’ hadapan baharu.
  • Lambang krom baharu pada madgad.

Bagi penjanaan kuasanya, model Vespa Primavera edisi ulang tahun ke-50 2019 ini dilengkapkan dengan enjin I-Get, empat lejang, satu silinder, 155cc yang mampu menghasilkan sehingga 12.9hp pada 7,750rpm, dan sekitar jumlah yang sama untuk tork maksima pada 6,000rpm. Keseluruhan kuasa tersebut akan diagihkan ke roda belakangnya melalui CVT dengan transmisi pelayan tork dan klac empar kering automatik dengan peredam getaran.

 

Naza Premira (Vespa Malaysia) telah menetapkan harga bagi model Vespa Primavera Ulang Tahun ke-50 2019 yang baharu ini pada harga RM16,300 (harga asas, tidak termasuk insurans). Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari laman sesawang www.vespa.com/my_EN/ atau laman Facebook rasmi Vespa Malaysia.

Naza Premira Sdn. Bhd. juga turut menawarkan pakej pembiayaan yang menakjubkan dengan kerjasama AEON Credit, di mana model Primavera edisi ulang tahun ke-50 ini, bersama dengan ke semua model Primavera, GTS, dan Sprint boleh dimiliki dengan kadar faedah serendah 6.0% setahun. Selain itu, nikmatilah waranti tambahan satu tahun dan peratus pembiayaan tinggi 90% untuk ketenangan minda pembeli dengan setiap pembelian Vespa menerusi AEON Credit. Kempen ini sah bermula 22 Disember 2018 hingga 31 Mac 2019 dan tersedia di wakil pengedar Vespa terpilih di seluruh negara.

Vespa Primavera 150, Sprint 150 Dan GTS 300 Super Sport 2018 Dilancarkan Dari RM15,600

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply