Merintis Haluan: Pelajar Automotif Wanita di TOC

  • Industri automotif telah didominasi oleh lelaki buat sekian lama tetapi semakin banyak wanita yang turut terlibat.
  • Kami telah berpeluang mengenali beberapa orang pelajar wanita di Kolej Automotif TOC.
  • Mereka merintis jalan bagi menghancurkan stereotaip.

Kami telah terjumpa dengan beberapa orang pelajar wanita dalam bidang automotif yang sedang menuntut di Kolej Automotif TOC (TOC). Kami memutuskan ingin menemubual mereka mengenai keinginan, inspirasi, cabaran, dan harapan mereka menuntut dalam bidang ini.

Tidak dapat dinafikan yang industri automotif dikuasai oleh kaum lelaki. Sering kali, wanita akan diberikan tanggungjawab yang tidak berkaitan teknikal. Namun begitu, ada para wanita yang menggemari motosikal dan kereta sedalam kaum lelaki, malah, ada yang jauh lebih mendalam lagi.

Siti Kamilia Alisa Binti Kamarudzaman, Diploma Teknologi Automotif

MotoMalaya(MM): Apakah yang mendorong saudari untuk menuntut dalam bidang automotif?
Siti Kamilia Alisa (SKA): Sewaktu kecil, saya sering menolong ayah membaiki kereta. Ianya hobi ayah. Kami tidak memiliki bengkel, jadi kami hanya buat kerja yang asas dan mudah seperti menggantikan tali sawat dan sebagainya.

Adik beradik ke semuanya perempuan tetapi saya yang paling rapat dengan ayah dan dia sering minta saya menolongnya. Minat saya pada kereta timbul dari situ.

MM: Apakah yang mendorong anda untuk memilih TOC?
SKA: Kawan saya ada belajar di sini dan memperkenalkan kolej ini. Katanya sistem di sini jauh berbeza daripada universiti yang lain.

MM: Apakah pandangan anda mengenai TOC setakat ini?
SKA: Segalanya bagus-bagus, baik-baik belaka. Kuliahnya bagus, (sesi) praktikalnya juga bagus; ianya cukup menyeronokkan.

MM: Kancah automotif di Malaysia ini dimonopoli ole kaum lelaki, jadi, bolehkah anda bercerita tentang pengalaman anda dikelilingi oleh majoriti pelajar lelaki?
SKA: Pelajar di sini okay-okay sahaja, dalam sesetengah kes, kagum pun ada dengan hakikat saya meminati bidang ini. Tiada lagi sebarang kecaman mahu pun cemuhan setakat ini.

MM: Apakah harapan saudari apabila tamat pengajian?
SKA: Harapan saya adalah saya dapat pengetahuan yang baharu. Ianya sebuah pengalaman sekali seumur hidup. Saya hanya menikmati masa sekarang dan tunggu dan lihat apa yang akan datang di masa hadapan.

Nurul Hazirah Binti Musa, Kursus Master Technician

MM: Apakah yang telah memupuk minat anda terhadap automotif?
Nurul Hazirah (NH): Ayah dan abang saya gemar akan perkara teknikal, jadi, saya terpengaruh dengan mereka. Mereka sering membaiki kereta, motosikal, atau rumah.

MM: Mengapa pilih TOC berbanding kolej teknikal yang lain?
NH: Kerana terdapat banyaknya latihan praktikal berbanding hanya mempelajari teori sahaja. Ini juga bermakna yang tugasannya juga kurang. Selain itu, fasiliti di sini lebih komprehensif berbanding tempat-tempat yang lain. Kualiti para pensyarah juga lebih baik kerana mereka berpengalaman.

MM: Apakah pendapat anda mengenai kaum wanita mempelajari subjek teknikal, memandangkan ianya industri yang dikawal kaum lelaki?
NH: Secara peribadinya, saya tidak rasa perbezaannya kerana saya dah biasa. Ya, ada yang mempersoalkan mengapa saya belajar untuk menjadi juruteknik (bertauliah). Tetapi, pada zaman ini, tiada bezanya industri yang dikuasai lelaki atau pun perempuan.

MM: Anda telah jalani latihan industri. Boleh ceritakan sedikit pengalaman anda?
NH: Satu-satunya masalah yang telah saya tempuhi adalah dari segi kekuatan. Kami boleh melakukannya tetapi ada kalanya kami memerlukan bantuan.

MM: Apa yang ingin anda lakukan pada masa yang akan datang?
NH: Saya ingin buka bengkel saya sendiri.

MM: Adakah anda rasa ada kelebihannya memandangkan anda mempelajari tentang automotif sebelum anda memulakan perniagaan?
NH: Ada kelebihannya. Sebagai contoh, saya boleh kesan kesilapan yang dilakukan juruteknik dengan lebih mudah. Melatih dan memperbetulkan kesilapannya akan memanfaatkan ke semua pihak. Selain itu, sekurang-kurangnya saya tidak akan mudah ditipu apabila saya hantar kereta ke bengkel!

KESIMPULAN

Begitulah tuan-tuan dan puan-puan. Jika diberikan dorongan yang betul, wanita juga boleh memupuk rasa sayang pada motosikal dan kereta, dan tidak terikat pada minat yang stereotipikal. Namun begitu, minat perlulah diiringi dengan latihan formal yang sesuai.

Sekiranya anda seorang ibu bapa, tiada salah sekiranya anak perempuan anda meminati motosikal atau kereta. Akan senantiasa ada permintaan untuk juruteknik bertauliah dan gajinya agak lumayan sekali. Para pelajar ini sudah pasti mudah dapat menaiki tangga korporat, atau seperti Nurul Hazirah, menjadi pemilik perniagaan sendiri.

Jadi daftarkan anak perempuan anda, TOC akan menjaga mereka.

Sila tekan SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Kolej Automotif TOC. TEKAN SINI jika anda berminat dengan Kursus Juruteknik Superbike. TOC mempunyai program bergelar Bina Bakat bagi membantu bakal pelajar yang memerlukan pinjaman pendidikan.

Kolej Automotif TOC boleh dihubungi di talian (+603) 7960 8833.-

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply