Belajar Cara Memahami Motosikal Anda Dan Ketahui Cara Untuk Menjadi Penunggang Yang Lebih Mahir!

  • Anda rasa anda faham akan selok belok motosikal dan kelengkapan menunggang anda?
  • Tetapi, sedalam manakah sebenarnya pengetahuan anda?
  • Sheng Fatt Motor Sdn Bhd Pulau Pinang akan menganjurkan satu sesi ‘shop talk’ istimewa buat semua penunggang motosikal.
  • Bual bicara ini turut meliputi satu sesi perkongsian ilmu dan sesi bual bicara yang dihoskan oleh Pengurus Selepas Jualan Aprilia Malaysia!
  • Terbuka buat semua penunggang motosikal!

Sebagai sebahagian daripada program mendekati pelanggan bagi Aprilia dan juga penunggang motosikal secara keseluruhannya, Sheng Fatt Motor Sdn Bhd akan menganjurkan sebuah sesi ‘shop talk’ yang istimewa.

Acara bual bicara ini akan dihoskan oleh Kheoh Hock Seng (di bawah), Pengarah Urusan Sheng Fatt Motor Sdn. Bhd., bersama dengan Idon Pang, Pengurus Selepas Jualan Aprilia Malaysia, di mana mereka akan membincangkan topik-topik seperti penjagaan dan penyelenggaraan motosikal, panduan pembelian dan penggunaan kelengkapan menunggang yang sesuai beserta lawatan bengkel rasmi Aprilia yang baharu.

Mereka yang menghadiri acara ini akan mendapat sijil kehadiran yang khas, dan ianya akan diadakan di Sheng Fatt Motor Sdn. Bhd., No 24, Jalan Dato Keramat, Pulau Pinang, 10150, Georgetown, Pulau Pinang.

“Sesi bual bicara ini bukan khusus untuk pemilik Aprilia sahaja, tetapi untuk semua penunggang dari jauh dan dekat. Inilah peluang mereka untuk mengenali motosikal mereka, untuk memahami cara penggunaan kelengkapan menunggang yang betul, dan sebab mengapa pentingnya menggunakan kelengkapan menunggang yang sesuai. Pengurus selepas jualan kami yang berkebolehan, Idon Pang akan berkongsi pengalaman penunggangannya dan ini adalah sebuah sesi perkongsian ilmu yang amat berguna bagi ke semua penunggang. Saya yakin yang ianya sebuah acara yang perlu dihadiri semua penunggang motosikal,” ujar Kheoh Hock Seng.

Acara bual bicara ini ideal untuk semua penunggang motosikal, tidak kiralah sama ada mereka itu penunggang baharu mahu pun veteran. Ianya peluang keemasan untuk mengenali motosikal masing-masing dengan lebih mendalam, dan bagi berkongsi pengalaman penunggangan bersama-sama penunggang yang lain.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi 019-400 9339.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply