Kempen Penyelenggaraan Istimewa Buat Pemilik Aprilia Di Pulau Pinang

  • Aprilia adalah jentera istimewa yang memerlukan penjagaan yang istimewa.
  • Pusat perkhidmatan Aprilia di Pulau Pinang sedang menawarkan diskaun istimewa buat para pemilik.
  • Kempen ini akan diadakan dari 24 Disember hingga 28 Disember 2018.

Perhatian buat semua pemilik Aprilia di Pulau Pinang! Pusat perkhidmatan rasmi Aprilia di Pulau Pinang sedang menawarkan sebuah kempen perkhidmatan istimewa yang akan diadakan bermula 24 Disember hingga 28 Disember 2018.

Pusat perkhidmatan Aprilia di Pulau Pinang (gambar di atas) menawarkan ‘door gift’ istimewa buat ke semua pemilik Aprilia yang menyelenggara motosikal mereka di pusat perkhidmatan rasmi berkenaan. Selain itu, pemilik Aprilia juga turut boleh menikmati diskaun 15% untuk alat ganti, harga istimewa untuk perkhidmatan penukaran minyak, beserta harga istimewa untuk tayar.

Jadi, sekiranya ianya sudah tiba masa untuk menyelenggara motosikal Aprilia anda, atau sekiranya anda ingin menikmati tawaran istimewa sewaktu tempoh kempen perkhidmatan ini, kunjungilah Sheng Fatt Motor Sdn. Bhd. yang terletak di alamat No 24, Jalan Dato Keramat, Pulau Pinang, 10150, Georgetown. Atau anda boleh hubungi talian 019-400 9339 untuk mendapatkan maklumat yang lanjut.

“Kempen perkhidmatan istimewa ini telah dijalankan eksklusif buat para pemilik Aprilia. Sebagai pusat perkhidmatan rasmi untuk Aprilia, kami ingin menawarkan kepada para pemilik, pengalaman pemilikan Aprilia yang lengkap, yang mana ianya termasuklah perkhidmatan selepas jualan yang menakjubkan dan peralatan yang bersesuaian bagi menyelenggara motosikal anda. Aprilia adalah antara motosikal yang terbaik dalam dunia, dan ianya amat penting sekali untuk mempunyai pengetahuan dan peralatan yang betul bagi membolehkannya beraksi di tahap terbaiknya pada setiap masa,” ujar Encik Kheoh Hock Seng, Pengarah Urusan Sheng Fatt Motor Sdn. Bhd. (di atas).

Selain itu, bagi menjadikan tawaran ini lebih lumayan, Aprilia Pulau Pinang akan turut menyertakan baucar istimewa RM100 yang anda boleh guna untuk membeli barangan di kedainya.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply