Ducati Red Christmas – Jimat sehingga RM50,000!

Sepanjang bulan Disember 2018 ini, Ducati Malaysia akan menawar tawaran dan rebat menarik sehingga 80% sempena promosi istimewa hujung tahun dan juga sambutan Hari Natal mereka iaitu Ducati Red Christmas!

Mulai sekarang hingg 31 Disember 2018, para pelanggan boleh menikmati penjimatan sehingga RM50,000 bagi model terpilih Ducati khususnya kepada pengunjung Ducati Petaling Jaya. Model-model menarik termasuk Ducati Multistrada 950 yang ditawarkan dengan harga RM76,000 bersama pakej Touring Pack secara percuma!

Inginkan sesuatu yang lebih ‘rare’? Ducati Diavel Diesel juga sedang ditawarkan dari RM115,000 dimana reka bentuk jenama pakaian terkemuka Diesel (bukan pakai minyak diesel, ya…) dipakejkan bersama sistem ekzos Termignoni. Ducati Malaysia juga sedang menawarkan diskaun sehingga 70% bagi pakaian Ducati dan Scrambler Ducati sehingga 2 Januari di Ducati Petaling Jaya.

Bagi pemilik Ducati yang inginkan tambahan ekstra kepada motor mereka, Ducati Performance Parts, aksesori dan alat ganti juga sedang ditawarkan dengan diskaun setinggi 80% di semua cawangan rasmi Ducati di seluruh negara dari 10 Disember – 13 Januari 2019.

Pelanggan juga akan diberi rebat 25% untuk ‘Desmo Service’ sebagai sebahagian daripada program pra-pembeliannya. Bagi setiap pembelian minimum RM600 dalam satu resit, pelanggan akan membawa pulang T-shirt Ducati rasmi yang bernilai RM250!

Sebagai tanda penghargaan kepada semua pemilik dan peminat Ducati, Ducati Malaysia akan memberi pemeriksaan 15-point secara percuma di Ducati Service Ducati Malaysia (Ducati Petaling Jaya) dari 21-23 Disember 2018. Perkhidmatan ini akan dijalankan dari 10 pagi hingga 5 petang bagi SEMUA model Ducati.

Untuk maklumat lanjut, layari www.facebook.com/DucatiMY/ atau www.instagram.com/ducati_my/.

Tunggang Uji: Ducati Multistrada 950 – “Kuda Jantan Itali”

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply