Mercedes-Benz Star Mobile pertama dilancarkan di Malaysia!

Cycle & Carriage Bintang Berhad baru sahaja melancarkan perkhidmatan servis terkini mereka iaitu Mercedes-Benz Star Mobile. Buat pertama kali di Malaysia, para pelanggan di dalam kawasan Lembah Klang boleh menggunakan servis penyelengaraan kenderaan tanpa perlu hadir ke pusat servis berdekatan.

Tujuan Mercedes-Benz Star Mobile dilancarkan merupakan salah satu usaha terkini dari Cycle & Carriage dalam memberi perkhidmatan lepas jualan yang terbaik dari kesenangan servis kenderaan di rumah dan juga mengurangkan masa menunggu para pelanggan.

Perkhidmatan ini telah direka untuk memberi para pelanggan kemewahan kemudahan dan perkhidmatan penyelenggaraan yang mudah untuk kenderaan Mercedes-Benz. Perkhidmatan ini termasuk perkhidmatan penyelenggaraan berjadual, penggantian bilah pengelap, bateri kunci, inframerah, dan bateri tanpa perlu memandu ke mana-mana pusat servis.

Mercedes-Benz Star Mobile dikendalikan oleh dua juruteknik yang berkelayakan dan pusat servis bergerak ini dilengkapi sepenuhnya dengan sistem ‘Xentry Diagnosis’ dan segala peralatan khas untuk mereka melakukan kerja pembaikan dan penyelenggaraan.

Pelanggan boleh membuat temujanji dengan mana-mana pengedar Cycle & Carriage di dalam kawasan Lembah Klang untuk menikmati perkhidmatan Mercedes-Benz Star Mobile.  Segala anggaran kos akan dibentangkan secara terperinci sebelum servis dijalankan untuk menjamin ketelusan dan keyakinan kepada pemilik dalam penyelengaraan kenderaan kesayangan mereka. Cycle & Carriage juga akan mengetepikan yuran perkhidmatan untuk tiga bulan pertama.

Mercedes-Benz Star Mobile beroperasi setiap hari (kecuali hari cuti umum), Isnin hingga Jumaat dari 8.00 pagi – 8.00 malam (Sabtu dan Ahad dari jam 8.00 pagi – 1.00 petang). Pelanggan boleh menghubungi Pusat khidmat Cycle & Carriage masing-masing atau terus menghubungi Mercedes-Benz Star Mobile di +603 – 6192 9200 untuk maklumat lanjut.

Mercedes-Benz Malaysia lancar TIGA SUV baharu! Dari RM915,888

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply