Jadual, Peraturan Dan Grid Bagi FIM Enel MotoE World Cup 2019 Disahkan

  • Jadual, peraturan, dan grid bagi siri kejohanan Enel MotoE World Cup 2019 telah pun disahkan.
  • 18 orang penunggang akan mengambil bahagian dalam siri kejohanan yang akan diadakan buat julung kalinya ini.
  • Lima pusingan telah pun ditetapkan bagi tahun hadapan.

Jadual, peraturan, serta grid bagi siri perlumbaan FIM Enel MotoE World Cup 2019 telah pun disahkan.

Kejohanan MotoE tahun hadapan adalah pertandingan perlumbaan motosikal elektrik antarabangsa yang pertama seadanya. Ianya dianjurkan kerana adanya peraturan kenderaan elektrik yang akan dilaksanakan dalam dua dekad yang akan datang.

FIM telah menyiarkan keseluruhan jadual, peraturan, dan grid bagi FIM Enel MotoE World Cup 2019.

Motosikal

  • Ke semua penunggang akan mengemudi motosikal Energica Ego Corsa yang sama.
  • Kapasiti bateri adalah sehingga 20kWh.
  • Kuasa bateri sehingga 120kWh (160hp).
  • Kelajuan maksimum sehingga 270km/j.
  • Brek Brembo, suspensi Öhlins, dan roda Marchesini.
  • Tayar Michelin.
  • Ke semua motosikal adalah sama, namun, ada sesetengah bahagian yang boleh dilaras mengikut keinginan penunggang.
  • Ke semua motosikal ini dicas dengan panel solar yang dibekalkan oleh Enel.

Jadual Perlumbaan

  • Sesi latihan FP1 dan FP2 pada hari Jumaat.
  • Sesi kelayakan akan diadakan pada hari Sabtu.
  • Perlumbaan akan diadakan pada hari Ahad sebelum bermulanya perlumbaan Moto3.
  • Musim yang pertama ini akan menyaksikan lima pusingan di Jerez, Le Mans, Sachsenring, Spielberg, dan Misano (dua perlumbaan).

Peraturan

  • Para penunggang MotoE tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam mana-mana kelas perlumbaan Grand Prix ketika kelima-lima tarikh perlumbaan MotoE.

Peraturan Tayar

  • Michelin akan membekalkan sepasang tayar ‘slick’ hadapan dan belakang, beserta sepasang tayar hadapan dan belakang bagi perlumbaan basah bagi setiap hujung minggu perlumbaan.
  • Jumlah keseluruhan tayar bagi setiap tahun tidak akan melebihi empat tayar hadapan dan lima tayar belakang ‘slick’, beserta tiga tayar hadapan dan empat tayar belakang bagi perlumbaan basah.

Pasukan dan Penunggang

  • LCR – Randy de Puniet, Niccolo Canepa
  • Angel – Nico Terol, Maria Herrera
  • Avintia – Xavier Simeon, Eric Granado
  • Pramac – Josh Hook, Alex de Angelis
  • Tech3 – Kenny Foray, Hector Grazo
  • Gresini – Matteo Ferrari, Lorenzo Savadori
  • Pons – Sete Gibernau
  • One Energy Racing (SIC) – Bradley Smith
  • Intact GP – Jesko Raffin
  • Ajo – Niki Tuuli
  • SIC58 – Matteo Casadei
  • EG 0,0 Marc VDS – Mike de Meglio

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.