JPJ Keluarkan Amaran Terhadap Bengkel Motosikal Yang Melakukan Pengubahsuaian Haram

  • Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis telah mengeluarkan amaran buat bengkel motosikal dan para pemilik, melarang sebarang pengubahsuaian haram.
  • Jabatan tersebut telah menahan 15 buah motosikal Yamaha Y15ZR yang telah diubahsuai dalam satu operasi.
  • Antara pengubahsuaian yang telah dilakukan adalah bagi meningkatkan kelajuan puncak, serta ekzos yang terlalu bingit.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan amaran kepada bengkel motosikal, melarang sebarang pengubahsuaian haram.

Shahrul Azhar Mat Dali, Pengarah JPJ Perlis telah memberi amaran setelah menahan beberapa buah motosikal yang diubahsuai. 15 buah motosikal Yamaha Y15ZR yang telah diubahsuai telah ditahan dalam satu operasi pada malam 26 November 2018. Jabatan tersebut menyedari bahawa ada beberapa buah bengkel yang menjalankan pengubahsuaian haram dalam negeri berkenaan.

“Pelanggan yang mahukan pengubahsuaian dan bengkel yang bersetuju menjalankannya, kedua-duanya sama-sama bersalah,” tambah Encik Shahrul.

“Sekiranya kami menahan mana-mana individu yang telah mengubahsuai motosikal mereka, pemilik mereka akan disiasat di bawah Seksyen 114 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Jika didapati bersalah, motosikal akan dirampas, dan pemilik akan didakwa di bawah Seksyen 64(1), di bawah akta yang sama.”

Pengarah turut menambah bahawa JPJ telah mengenal pasti tiga lokasi aktif utama yang menjalankan pengubahsuaian ini. Tempat-tempat tersebut adalah di Beseri, Serian, dan Arau. Kesalahan utama yang dilakukan adalah pengubahsuaian motosikal untuk mendapatakan kelajuan yang lebih tinggi dan penggunaan ekzos yang terlalu bingit.

Operasi ini adalah sebahagian daripada program JPJ bagi mendidik penunggang motosikal untuk mematuhi peraturan jalan raya. Ini merupakan usaha mereka bagi mengurangkan jumlah kemalangan jiwa yang tinggi di kalangan penunggang motosikal dalam negara.

Encik Shahrul juga turut menasihatkan para pengguna jalan raya untuk melaporkan sebarang kesalahan jalan raya kepada JPJ. JPJ Perlis boleh dihubungi di talian 04-9763995, atau melalui alamat emel [email protected].

Sumber dari Bernama

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply