Motosikal Sport-Tourer Middleweight BMW F 850 GT Atau XR Baharu Sedang Diuji?

Gambar intipan BMW 850 GT – Sumber imej : morebikes.co.uk
  • Adakah ini sebuah motosikal sport-tourer BMW F 850 GT atau XR yang sedang diuji?
  • Enjinnya tampak jelas sekali sebuah enjin parallel-Twin, besar kemungkinan ianya enjin 853cc dari F 850 GS.
  • Model ini akan mengisi jurang motosikal sport-tourer kelas pertengahan BMW.

Adakah Motorrad sedang menguji sebuah motosikal sport-tourer kelas pertengahan BMW F 850 GT atau XR? BMW Motorrad mengerti bahawa mereka memerlukan sebuah motosikal bagi mengisi kekosongan motosikal sport-tourer kelas pertengahan yang lebih mudah dimiliki dari segi prestasi, berat, dan paling utama sekali, harga.

Berdasarkan gambar-gambar ini, kita dapat mengandaikan yang motosikal baharu ini dilengkapi dengan enjin ‘parallel-Twin’ 853cc baharu yang menjana model F 850 GS dan F 850 GS Adventure. Motosikal prototaip ini mempunyai penggayaan yang kemas seperti mana motosikal sport-tourer, S 1000 XR.

BMW F 850 GS 2018 Diperkenalkan Di BMW Motorrad Nightfuel Johor Bahru

Anda juga boleh lihat adanya bagasi sisi besar (pannier) dan kotak simpanan ‘top box’ yang dipaut pada motosikal ini. Jadi, mungkinkah ini model F 850 GT atau F 850 XR akan datang yang akan menggantikan model F 800 GT semasa?

Pannier dan top box seperti mana yang ada pada motosikal S 1000 XR

Gambar intipan juga turut menunjukkan ketinggian pelana yang direndahkan, bersama dengan roda 17 inci dan suspensi kegunaan jalan raya yang lebih pendek. Model F 850 GS pula dilengkapi dengan roda 21 inci di bahagian hadapan dan suspensi yang lebih panjang untuk penunggangan ‘off-road’.

Satu lagi perkara yang telah kami sedari adalah penghadangnya yang lebih tinggi dengan skrin TFT di sebaliknya. Motosikal sport-tourer baharu tersebut sudah pasti akan dilengkapi dengan kawalan cengkaman, ABS menyelekoh, kawalan bersiar, quickshifter, ‘Dynamic ESA’, dan lampu LED keseluruhan, seperti mana spesifikasi F 850 GS premium.

Kami andaikan bahawa BMW akan memberi cabaran kepada model Yamaha MT-09 Tracer GT, tetapi, mampukah pengeluar dari Jerman itu menyaingi harga rendah model keluaran Jepun itu?

Kita tunggu dan lihat sahaja.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]