Kawasaki W800 2019 Diperkenalkan di EICMA 2018

  • Model Kawasaki W800 2019 telah diperkenalkan di acara EICMA 2018.
  • Kawasaki mendakwa bahawa motosikal ini adalah 90% baharu.
  • Ia akan ditawarkan dalam varian Street dan Café.

Ramai penggemar yang berasa amat sedih sewaktu ianya diumumkan yang model W800 akan dihentikan pada tahun 2016. Tetapi kini, anda tidak perlu bersugul lagi kerana motosikal Kawasaki W800 2019 telah diumumkan di EICMA 2018.

Model yang sebelum ini terpaksa dihentikan kerana ia tidak mematuhi piawaian emisi Euro4.

Dilancarkan pada tahun 2011, model W800 telah menggantikan model W650. Ianya dianggap sebagai sebuah motosikal yang melangkaui zamannya, sebelum bermulanya revolusi moden retro. Bagaimana pun, pengedar Kawasaki telah kehilangan satu pilihan moden retro sewaktu pengilangannya dihentikan. Berbanding dengan model Z900RS dan Z900RS Café, model W800 ini adalah sebuah model klasik ‘sejati’ dan merupakan pilihan yang lebih murah.

Kawasaki mendakwa bahawa motosikal 2019 ini adalah 90% serba baharu. Enjinnya masih lagi sebuah enjin ‘parallel-Twin’, SOHC,773cc, sejukan udara. Ciri paling menonjol pada motosikal ini adalah cam yang dioperasikan menggunakan gear bevel, seperti motosikal Ducati gaya lama. Engkolannya adalah 360º (kedua-dua omboh naik turun bersama), berbanding engkolan 180º tradisional (satu omboh naik, satu turun), atau engkolan kontemporari 270º. Keluaran kuasanya adalah sebanyak 47hp. Klac gelincir menyambungkan enjin dengan kotak gear lima kelajuan.

Ia dilengkapi dengan fork 41mm dan penyerap hentakan belakang berganda. Cakera brek belakangnya adalah ciri baharu.

Motosikal Kawasaki W800 2019 ditawarkan dalam dua varian. Varian Street adalah motosikal moden retro jenis standard. Model Café pula adalah varian café racer lengkap dengan pelitup lampu hadapan, palang pemegang yang direndahkan, dan pelana jenis tunggal.

Kelengkapan modennya termasuklah lampu hadapan LED, skrin LCD pelbagai fungsi dalam dua buah tolok bulat, dan ABS standard.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]