Volkswagen Polo Black & White edisi khas dilancarkan! RM68,488

Sempena sambutan Festival Membeli-belah tahunan 11.11 Lazada, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah melancarkan Volkswagen Polo Black & White edisi khas dan hanya 11 unit sahaja akan dijual secara ‘online’ melalui Lazada sahaja pada 11 November 2018!

Mulai 12 tengah malam 11 November ini, model Volkswagen Polo Black & White edisi khas akan ditawarkan dengan harga RM68,488 (harga jualan tanpa insurans dan pendaftaran). Bagi mereka yang berjaya membeli (anda harus cepat kerana kebiasaannya, edisi khas dari Volkswagen akan habis dijual dalam masa yang sangat singkat), para pemilik juga akan turut mendapat aksesori tambahan bernilai RM7,500!

Salah satu bahagian dari tawaran menarik ini juga ialah kadar faedah rendah istimewa 1.11% setahun (bagi pinjaman selama 5 tahun) yang ditawarkan oleh panel bank rasmi VPCM iaitu Hong Leong Bank.

Reka bentuk luaran Volkswagen Polo Black & White ini telah dikemaskan dengan warna putih ‘Candy White’ bersama spoiler belakang, kemasan sisi, tempat duduk kulit, rim aloi 15 inci dan perumah cermin sisi berwarna hitam. Filem cermin VW Tint juga turut melengkapkan pakej istimewa ini.

Menurut Pengarah Urusan VPCM, Encik Erik Winter, “Cara pembelian pelanggan kini sudah banyak berubah dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini. Kami berbesar hari kerana dapat memainkan peranan dalam persepsi di mana pembelian kereta secara talian adalah satu perkara biasa.”

“Ini terbukti dengan kejayaan kolaborasi kami dengan Lazada untuk model 12.12. Beetle dan rangkaian JOIN baru-baru ini. Selain daripada mudah, perkembangan ini juga memberitahu kami bahawa pelanggan melayari internet untuk membaca, membuat kajian dan mendapatkan tawaran-tawaran terbaik. Inilah hala tuju Vokswagen,” tambah Encik Erik Winter.

Bagi mereka yang berminat, anda hanya perlu membayar yuran sebanyak RM799 melalui Lazada Wallet, kad kredit atau perbankan ‘online’ dan wakil dari VPCM akan menghubungi anda untuk melengkapkan segala proses pembelian termasuk penyerahan kereta. Volkswagen Polo Black & White edisi khas ini hanya boleh dibeli melalui Lazada di Volkswagen Store mulai tengah malam pada 11 November 2018.

Semua model Volkswagen hadir dengan penyelenggaraan percuma selama 3 tahun dan jaminan pengilang serta bantuan tepi jalan selama 5 tahun. Untuk maklumat lanjut, layari www.volkswagen.com.my.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply