Ada RM99? Tempah Proton X70 secara ‘online’ sekarang!

Tempahan SUV terkini iaitu Proton X70 2018 kini boleh dibuat secara ‘online’ atau atas talian! Mulai dari 10 pagi tadi pada tarikh 17 Oktober 2018, para pelanggan dan semua peminat Proton X70 boleh membuat tempan melalui laman web korporat Proton iaitu www.proton.com/ProtonX70/Online-Booking dengan menggunakan dari mana-mana sahaja dengan adanya kemudahan alat peranti dan Internet.

Sempena penantian pelancaran rasmi SUV pertama dari Proton, bilik pameran maya telah dibuat khas bagi para peminat Proton untuk melihat segala aspek-aspek2 menarik mengenai kenderaan ini. Pihak media telahpun diberi sebuah sesi pratonton bagi ciri-ciri sambungan dan teknologinya pada minggu lepas.

Sempena pelancaran portal tempahan ‘online’ ini, segala maklumat lengkap mengenai Proton X70 di laman web Korporat Proton termasuklah spesifikasi untuk setiap varian model dan juga pilihan warna. Maklumat ini akan membantu pelanggan membuat keputusan yang sama seperti mereka berkunjung ke bilik pameran dan menyaksikan aktiviti penjualan yang sebenar.

Memandangkan ini adalah kemudahan jualan baharu Syarikat, PROTON akan mengadakan jualan kilat atau ‘flash sale’ dari 17-19 Oktober 2018 untuk mempromosikan penggunaan platform baharunya. Dalam tempoh promosi selama tiga hari tersebut, pelanggan yang menempah Proton X70 melalui dalam talian hanya perlu membayar yuran tempahan sebanyak RM99!

Menurut Encik Abdul Rashid Musa, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, “Selepas mengkaji pilihan pengguna dan trend pasaran, PROTON percaya bahawa inilah masa yang tepat untuk menawarkan kemudahan tempahan dalam talian kepada pelanggan. Platform ini membolehkan tempahan dibuat dari mana-mana sahaja mereka berada sekiranya terdapat sambungan Internet.”

“Syarikat juga akan memberi ganjaran kepada mereka yang membuat tempahan sebelum pelancaran Proton X70. Ganjaran ini berupa hadiah istimewa untuk semua pelanggan awal tidak kira sama ada mereka menempah melalui dalam talian atau di cawangan kami,” tambah Encik Abdul Rashid.

Untuk maklumat lanjut berkenaan SUV pertama dari Proton, sila layari www.proton.com/ProtonX70.

https://motomalaya.net/blog/wp-admin/post.php?post=53609&action=edit

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.