Proton X70 – Anda boleh ‘berborak’ dengan SUV ini?

Awal pagi tadi, pihak Proton telah melaksanakan sesi pratonton kedua kepada pihak media atas kenderaan SUV pertama keluaran mereka iaitu Proton X70. Pratonton kedua ini dijalankan untuk memperkenalkan sistem interaktif yang bernama GKUI atau Sistem Maklumat Kokpit Bersepadu.

Sistem GKUI ini menawarkan pelbagai fungsi-fungsi menarik kepada para pengguna dan pihak Proton telah pun memberi maklumat yang penting lagi menarik berkenaan keselamatan, prestasi dan juga cici-ciri sambungan melalui aplikasi dan teknologi canggih.

Menurut Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dato’ Radzaif Mohamed, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, dan barisan pengurusan kanan Proton yang lain, sistem GKUI ini memberi pelbagai kebolehan yang biasanya boleh dijumpa dengan penggunaan smartphone.

Skrin sentuh 8-inci yang terdapat di dalam Proton X70 ini telah dipertingkatkan lagi dengan lima aplikasi yang menawarkan perkhidmatan seperti radio dan muzik dalam talian, navigasi, ramalan cuaca dan pengecaman suara melalui kad eSIM yang akan didaftarkan untuk para pemilik dalam proses pembelian.

Akses kepada aplikasi dan fungsi-fungsi yang lain adalah melalui skrin sentuh antara muka berasaskan Android bersaiz 8 inci dengan paparan warna penuh 1280 x 720 (tema & latar belakang skrin boleh diubah) yang dilengkapi ruang memori dalaman 16GB. Sistem ini juga mempunyai sambungan Wi-Fi agar X70 tersebut boleh digunakan sebagai hotspot mudah alih.

Sistem pengecaman suara boleh diaktifkan dengan arahan suara “Hi, Proton” dimana anda boleh mengawal pelbagai ciri-ciri kenderaan seperti membuat panggilan, navigasi, pengawalan tingkap, penghawa dingin dan lain-lain.

Anda juga boleh ‘berborak’ dengan Proton X70 dengan adanya sistem GKUI ini. Dengan kebolehan untuk memahami arahan tidak langsung seperti anda lapar, mengantuk atau ingin mencari stesen petrol atau ATM, sistem GKUI pintar boleh memberi cadangan mengikut arahan anda (NOTA: Sistem arahan suara hanya boleh digunakan dalam Bahasa Inggeris buat masa kini).

Proton X70 ini juga akan didatangi dengan sebuah aplikasi iaitu Proton Link dimana pemilik boleh menyemak keadaan kereta melalui telefon pintar anda. Keadaan kereta seperti jika ia telah dikunci atau tidak, terlupa tempat letak kereta, tingkap buka atau tutup, tekanan udara tayar dan lain-lain boleh disemak melalui aplikasi Proton Link ini.

“Sistem GKUI yang terdapat pada Proton X70 membolehkan pemiliknya sentiasa berhubung dengan kereta mereka. Ia adalah sistem dua hala aktif yang menawarkan beberapa pilihan yang sesuai dengan kemudahan pemilik individu. Kelak, keupayaan untuk memuat turun aplikasi tambahan juga akan ditawarkan dan sama seperti telefon bimbit, ini bermakna tiada persamaan dalam setiap kereta,” kata Abdul Rashid Musa, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar.

Oleh kerana model ini menggunakan sistem pengendalian Android, GKUI menawarkan pengguna telefon bimbit dengan kemampuan pencerminan. Ini bermaksud pemilik aplikasi boleh mengakses telefon bimbit mereka pada skrin sentuh Proton X70 dan menikmati lebih banyak persambungan. Pengguna OS Apple tidak dapat melakukan perkara yang sama tetapi mereka boleh menyambung ke X70 melalui Bluetooth untuk mengakses fungsi panggilan telefon dan senarai kenalan.

Ciri-ciri menarik yang akan terdapat pada Proton X70 ini ialah:

  • Sistem kemaskini OTA (Over-the-Air)
  • Sembilan pembesar suara termasuk ‘power amplifier’ dan ‘subwoofer’
  • 6 port USB (termasuk satu di atas cermin sisi belakang untuk menyambung kamera video)
  • Sistem keselamatan pasif, aktif, dan maju
    • Pasif – struktur rangka kenderaan yang kuat
    • Aktif – kawalan kestabilan elektronik (Bosch 9.1, ABS, EBD, BA, TCA, HHA dan HDC)
    • Maju – 5 kamera, 20 sensor dan radar untuk model premium yang dilengkapi dengna ‘Advanced Driver Assistance System’
      • Brek kecemasan kendiri (Automatic Emergency Braking)
      • Amaran perlanggaran depan (Front Warning Collision)
      • Kawalan memandu adaptif (Adaptive Cruise Control)
      • Sistem maklumat titik buta (Blind Spot Information System)
      • Kawalan lampu hadapan pintar (Intelligent High Beam Control)
  • Enjin 1.8-liter TGDI (Turbo Gasoline Direct Injection) dengan 181 kuasa kuda dan 285Nm tork
  • Tiga mod memandu (Normal, Eco dan Sport)

Pihak Proton juga telah mengumumkan tempahan secara ‘online’ dimana  pelanggan yang berminat boleh membuat tempahan Proton X70 dan membayar deposit secara dalam talian mulai 17 Oktober 2018. Menurut Abdul Rashid, “Kami mahu menjadikannya semudah mungkin bagi rakyat Malaysia untuk menempah Proton X70 kerana kami fikir ini adalah bersesuaian ke arah itu. Untuk mempromosikan saluran baharu kami, kami akan menjalankan promosi selama tiga hari dari tarikh pelancaran, di mana mereka yang membuat tempahan untuk Proton X70 akan menerima hadiah khas.”

Untuk maklumat lanjut, layari www.proton.com.

Proton SUV yang dinanti-nantikan – Proton X70!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply