Ulasan Tanggapan Pertama: Moto Guzzi V7 III Rough 2018

  • Moto Guzzi V7 III Rough 2018 adalah varian scrambler bagi pengeluar dari Itali berkenaan.
  • Dibina atas platform V7 III, model Rough ini mempunyai keupayaan ‘off-road’ terhad.
  • Selain daripada tayar dan beberapa buah reka bentuk yang berlainan, model Rough ini secara asasnya tidak begitu berbeza dengan model V7 III yang lain.

Nampaknya, hampir ke semua pengeluar yang mempunyai rangkaian moden retro pasti akan ada sekurang-kurangnya sebuah varian “lightweight adventure”, selalunya digelar sebagari “scrambler”. Moto Guzzi juga tidak ketinggalan dalam revolusi ini, tampil dengan model V7 III Rough 2018.

Model Rough ini adalah sebahagian daripada rangkaian V7 III terkenal milik Moto Guzzi. Garis panduan penggayaannya sama, dengan beberapa buah perbezaan kecil.

Tangki bahanapinya telah dicat dengan warna matte silver, manakala dapra hadapan dan belakangnya adalah aluminium yang digilap. Ia juga dilengkapi dengan roda yang mempunyai jejari bersaiz besar, dilitupi dengan tayar kembara dan ‘bodywork’ yang minimal, menonjolkan lagi akan tujuan sebenar motosikal ini. Ini bermakna yang motosikal ini boleh ditunggang di atas jalan raya dan juga dalam situasi ‘off-road’ ringan.

Model V7 III Rough 2018 ini dijana oleh enjin V-Twin 90° pautan melintang, 7,44cc yang digunakan bagi keseluruhan rangkaian V7 III. Enjin suntikan bahanapi, sejukan udara, OHV ini menghasilkan sehingga 52hp pada 6,200rpm dan 60Nm tork pada 4,900rpm.

Ia dilengkapkan dengan “Moto Guzzi Traction Control” (MGTC) tetapi tanpa mod kuasa. ABS dilengkapkan sebagai standard di bahagian hadapan dan belakang. Brek hadapannya ialan cakera brek terapung yang diapit oleh sebuah angkup Brembo.

Tidak seperti motosikal ‘scrambler’ yang lain, ekzos berkembar Rough ini dipaut pada posisi standard dan bukannya pada posisi yang tinggi. Dan oleh kerana itu ia sepatutnya mampu menangani keadaan jalan ‘off-road’ yang ringan. Dari sudut positifnya, ekzos yang pada kedudukan rendah itu membolehkannya memberi pilihan pautan bagasi yang lebih banyak.

Keseluruhannya, model V7 III Rough 2018 adalah satu lagi pilihan menarik buat para penggemar Moto Guzzi. Ditetapkan pada harga RM69,900 (harga asas, tidak termasuk SST, cukai jalan dan insurans). Ia kini boleh didapati di bilik pameran Moto Guzzi Malaysia di Petaling Jaya.

Sila layari laman Facebook rasmi Moto Guzzi Malaysia untuk maklumat lanjut atau kunjungilah lokasi mereka di bawah ini,

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply