Harga Perodua TURUN dengan cukai SST!

  • Perodua telah mengeluarkan kenyataan berkenaan harga model kenderaan mereka yang telah dikemaskinikan dengan pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan SST.

  • Menurut struktur cukai SST baharu, harga model-model Perodua kini lebih murah dari 1 – 3%.

  • Ini bermaksud harga kereta Perodua telah turun sebanyak RM564 – RM1,710.

Perodua baru sahaja mengumumkan harga terkini bagi model-model kenderaan mereka dengan pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan atau lebih dikenali sebagai cukai SST. Berdasar kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Perodua, harga kereta mereka kini lebih murah dari 1 hingga 3% berbanding dengan harga jualan sewaktu Cukai Barangan dan Perkhidmatan GST dilaksanakan!

Menurut Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd Dato’ Dr Zahari Husin, “Berdasarkan struktur cukai baharu, hampir semua model Perodua berharga lebih rendah berbanding sebelum 1hb Jun 2018. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia, terutamanya kepada 3.3 juta pelanggan yang dihargai yang telah memilih Perodua sebagai jenama pilihan mereka.”

Dari segi khidmat servis penyelengaraan dan alat ganti, Perodua akan terus fokus untuk menawarkan harga yang kompetitif kepada semua pemilik kenderaan Perodua di dalam negara. Bagi mereka yang berminat, model Perodua Axia sekarang adalah lebih murah dari RM975 sehingga RM1,107. Perodua Bezza pula turun sebanyak RM1,010 – RM1,452.

Bagi Perodua Myvi, harga baharu dengan pengenalan semula cukai SST kini RM1,210 – RM1,710 lebih rendah. Model Axia pula mengalami penurunan dari RM1,307 sehingga RM1,452. Alza pula turun sebanyak RM564 bagi varian tertentu.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]