Menangi RM80,000 dalam pertandingan filem pendek BMW Shorties!

  • Pertandingan filem pendek BMW Shorties kembali untuk tahun yang ke-12.

  • Tema peraduan filem tahun ini adalah “Drive” atau “Dorongan”.

  • Penyertaan akan dibuka dari 30 Ogos 2018 hingga 26 Oktober 2018.

Perhatian kepada semua pengarah filem tanah air! Pertandingan filem pendek BMW Shorties kembali untuk tahun ke-12. BMW Shorties merupakan pertandingan filem pendek masyhur yang paling lama ditubuhkan di Malaysia sejak tahun 2006!

Menurut Sashi Ambi, Ketua Komunikasi Korporat, BMW Group Malaysia, “Acara berprestij BMW Shorties ini merupakan sebuah platform bagi bakat pembikin filem yang terbaik di Malaysia untuk mereka mengongsikan visi kreatif yang digubah melalui kisah-kisah yang dizahirkan di Malaysia.”

“Dengan lebih daripada 840 penyertaan filem pendek yang diterima sejak edisi pertama pertandingan ini dianjurkan pada tahun 2006, BMW Shorties mengundang satu lagi tahun yang penting untuk meneroka bakat-bakat baharu dalam seni sinematik dan digital, yang turut ditekankan melalui kepercayaan BMW Group Malaysia terhadap penggabungan kraf artistik dan inovasi baharu untuk memberi inspirasi kepada gaya hidup dan pemikiran yang baharu.”

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai peraduan BMW Shorties tahun ini, tema 2018 adalah “Drive” atau “Dorongan”. Dorongan setiap warganegara untuk mencapai sesuatu matlamat hidup atau sifat dalam diri yang bermotivasi untuk mencapai cita-cita dimana ia bermula dari minat atau semangat, inilah mesej yang ingin disampaikan melalui pertandingan BMW Shorties 2018.

“Dorongan merupakan kualiti yang mengangkat seorang artis sebagai ahli seni, menjadikannya sebuah sifat yang mendefinisikan penginovasi yang sebenar. Sejak BMW Group ditubuhkan, inovasi telah menjadi tulang belakang syarikat ini yang telah membawa kepada kejayaan. Kami memacu inovasi yang bertindak untukmemajukan taraf kehidupan manusia, sama seperti para pembikin filem yang telah kami dorong ke aras yang baharu sejak 11 tahun yang lepas,” tambah Ambi.

Barisan juri bagi pertandingan tahun ini merangkumi mereka yang terkenal dalam industri filem iaitu:

  • Lina Tan – Veteran BMW Shorties dan pembikin filem komersial
  • Isazaly Mohd Isa – Pembikin filem yang mempunyai pelbagai anugerah di bawah namanya
  • Nadira Ilana – Pembikin filem dan penulis skrip lakon layar
  • Tan Chui Mui – Pembikin filem dan penggarap anugerah
  • Quek Shio Chuan – Pembikin filem dan penglipur lara yang sedang menempah nama

Pada tahun ini, geran produksi telah dinaikkan ke RM80,000 untuk pemenang hadiah utama bagi pertandingan filem pendek BMW Shorties ini. Pengiktirafan bagi bakat pembikinan filem juga akan dianugerahkan melalui pelbagai kategori sokongan yang lain, termasuk:

  • Pengarah Terbaik
  • Pelakon Lelaki Terbaik
  • Pelakon Wanita Terbaik
  • Lakon Layar Terbaik
  • Sinematografi Terbaik
  • Rekaan Produksi Terbaik
  • Suntingan Terbaik
  • Rekaan Bunyi Terbaik
  • Anugerah Pilihan Popular

Pertandingan BMW Shorties akan dibuka untuk penyertaan bermula dari 30 Ogos 2018 dan bagi mereka yang ingin merealisasikan impian harus menghantar penyertaan filem pendek selewat-lewatnya pada 26 Oktober 2018. Untuk maklumat lanjut mengenai BMW Shorties dan butir penyertaan, layari www.bmwshorties.com.my , www.facebook.com/bmwshorties atau www.instagram.com/bmwshorties.

Tunggang Uji BMW S 1000 RR 2018 – “Mahakarya Jerman”

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]