Ducati Australia Lancarkan Panggilan Semula Keselamatan Segera

Ducati Australia telah mengeluarkan satu panggilan semula keselamatan segera atas kemungkinan berlakunya isu pad brek belakang.
Model-model yang terlibat adalah Hypermotard 939, 959 Panigale, 1299 Panigale, 1299 Panigale Final Edisi, dan model Panigale V4 yang baharu.
Negara-negara yang terjejas setakat ini adalah Australia, Amerika Syarikat, New Zealand, dan Kanada.

Ducati Australia telah mengeluarkan satu panggilan semula keselamatan segera buat beberapa buah model mereka. Panggilan semula ini adalah bagi memeriksa sama ada pad brek belakang model-model mulai longgar.

Kempen ini meliputi model-model Hypermotard 939, 959 Panigale, 1299 Panigale, 1299 Panigale Final Edition, dan Panigale V4 yang baharu.

Menurut notis rasminya, pad breknya mungkin terpisah dari plet penyokong. “Sekiranya pad brek terpisah dari plet penyokong, ini boleh menyebabkan kepincangan tugas brek belakang.”

Surat telah dihantar kepada para pemilik di Australia, dengan arahan untuk menghubungi pengedar Ducati berhampiran bagi menetapkan temu janji untuk pemeriksaan dan penggantian pad brek belakang.

Ducati sering kali berhadapan dengan kempen panggilan semula keselamatan sejak kebelakangan ini.

 

Kali pertamanya adalah disebabkan oleh silinder utama brek hadapan Brembo, yang mana ianya bukanlah salah pihak pengilang motosikal tersebut. Kemudiannya ialah panggilan semula bagi model Panigale V4 yang terbakar akibat penutup tangki bahanapi yang defektif, manakala model Supersport S pula berhadapan dengan masalah hos limpahan tangki bahanapi yang cair kerana ianya dipasang terlalu rapat dengan pancarongga ekzos melintang.

Ducati Panigale V4 Dipanggil Semula Atas DUA Sebab Berbeza

Panggilan semula keselamatan ini melibatkan pemilik Ducati di Australia, Ameria Syarikat, New Zealand dan Kanada buat waktu ini.

Pemilik boleh memeriksa di laman sesawang pengeluar tersebut untuk mengetahui sama ada motosikal mereka terlibat dengan mana-mana kempen panggilan semula keselamatan dengan menekan pautan http://www.ducati.com/services/recall_campaigns/index.do dan memasukkan nombor VIN (atau juga dikenali sebagai nombor casis) motosikal anda.

Walau apa sekali pun, pada pandangan kami, panggilan semula tidak sepatutnya mencalarkan imej satu-satu pengeluar itu, sebaliknya, ianya patut dianggap sebagai satu perkara positif, yang mana pengeluar mengambil berat akan keselamatan para pelanggannya.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]