Pusat 3S Weststar Maxus baharu dilancarkan di Pulau Pinang

  • Weststar Maxus telah melancarkan pusat 3S terbaharu mereka di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

  • Pusat 3S terbaharu ini akan memberi perkhidmatan jualan, servis dan alat ganti kepada pelanggan di kawasan Utara.

  • Weststar Maxus juga melancarkan van komersial terbaharu mereka iaitu Maxus V80 2018.

Weststar Maxus baru sahaja melancarkan pusat 3S terbaharu mereka yang terletak di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Pusat Jualan, servis dan alat ganti akan memberi khidmat sokongan yang penting terutamanya kepada pelanggan-pelanggan mereka di kawasan Utara.

Pemilik kenderaan Weststar Maxus yang berada di Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis boleh mendapat khidmat dan servis berkualiti tinggi terus dari pihak Weststar Maxus tanpa perasaan ragu-ragu. Pusat 3S ini juga dijangkakan untuk memenuhi permintaan dan perlaksanaan dari pelanggan-pelanggan baharu dimana mereka menjangka peningkatan jualan sebanyak 30% dengan perluasan rangkaian produk dan pakej perkhidmatan serta kempen promosi yang menarik.

Menurut Pengarah Eksekutif Kumpulan Weststar, Datuk Vikram Menon, “Kami sedang membuat satu lonjakan besar untuk menjadi pemain utama dalam industri automotif di Malaysia. Kami telah memperluaskan lagi penawaran dengan memperkenalkan model-model terkini yang telah menerima pelbagai anugerah seperti Maxus G10 dan Maxus V80, dan mengembangkan lagi rangkaian pusat pameran serta perkhidmatan selepas jualan bagi mencapai matlamat tersebut.”

Selain dari pelancaran pusat 3S baharu, Weststar Maxus juga melancarkan van komersial terbaharu mereka iaitu Maxus V80 2018. Van komersial yang amat sesuai dalam memenuhi keperluan seharian dari segi kos telah mendapat pelanggan-pelanggan utama seperti DHL, Federal Express dan juga agensi kerajaan seperti Tentera Udar diRaja Malaysia dan Kementerian Kesihatan.

Maxus V80 menawarkan kadar penggunaan ruang yang paling tinggi, jarak kelegaan tanah serta ketinggian dalaman yang terbaik berbanding van-van komersial yang lain. Ia juga berjaya melepasi ujian kenderaan jalan raya ECE yang paling ketat di dunia yang dilakukan dalam keadaan paling buruk termasuklah suhu terlampau sejuk serta terlampau panas, dan pada altitud tinggi.

Fleksibiliti van panel Maxus V80 membolehkan pengubahsuaian serta transformasi dilakukan terhadapnya untuk dijadikan sebagai pejabat bergerak, trak makanan serta dapur, ambulans, perpustakaan bergerak, kenderaan penghantaran dan sebagai galeri pameran jualan bergerak. Sementara itu, van bertingkap Maxus V80 yang direka bentuk sebagai kenderaan pengangkutan bersaiz penuh merupakan peneraju bagi kenderaan kategori berkenaan dari segi saiz dan ruang. Van itu boleh memuatkan 15 penumpang dengan selesa.

“Van komersial Maxus V80 baharu didatangkan dengan beberapa ciri yang telah dipertingkatkan dan mempunyai ruang yang sangat luas. Ia mempunyai segala ciri-ciri yang menjadikannya sebagai van komersial yang bernilai untuk wang dan sememangnya ‘Built to Work’,” kata Menon.

Sempena dengan pelancaran Maxus V80 baharu, Weststar Maxus juga menawarkan insentif menarik untuk pelanggan Maxus V80 iaitu servis percuma 150,000km dengan tiga tahun waranti. Servis percuma untuk semua model Weststar Maxus termasuklah alat ganti, upah buruh serta pelincir.

Untuk maklumat lanjut, layari www.weststarmaxus.com.

Tawaran istimewa Raya dari Weststar Maxus

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]