Pengemaskinian YZF-R25/YZF-R3 Bagi Tahun 2019?

Imej hasilan Yamaha YZF-R3 2019 – Sumber imej: Asphalt & Rubber
  • Model Yamaha YZF-R25/R3 kekal tidak berubah sejak tahun 2015.
  • Telah muncul gambar-gambar di Indonesia yang dikatakan merupakan “YZF-R3 baharu” bagi tahun 2019.
  • Jika Yamaha meneruskan pelan ini, dijangkakan yang ia akan tampil dengan komponen dan penggayaan yang terkini.

Model yang amat popular, Yamaha YZF-R3 (di Malaysia dikenali sebagai YZF-R25), telah pun berada di pasaran buat beberapa tahun dan mungkin akan diperkemaskini untuk tahun 2019, berdasarkan gambar-gambar yang telah muncul di Indonesia.

Jika Yamaha mengikuti reka bentuk yang ada dalam gambar-gambar tersebut, penggayaan baharu motosikal ini akan lebih mirip dengan model supersport lain pengeluar tersebut, iaitu model YZF-R6 dan YZF-R1, selain daripada YZF-M1 dalam MotoGP.

Selain itu, mengikut trend semasa industri, ia juga mungkin bercirikan pencahayaan LED sepenuhnya. Adakah ia juga bakal dilengkapi dengan gugusan instrumen yang dikemaskini? Mungkin sekali. Bagaimana pula dengan casis yang dikemaskini? Boleh jadi ya, boleh jadi tidak.

Namun persoalan yang lebih besar sudah semestinya mengenai kapasitinya.

Kategori 250 hingga 400cc sedang hangat dipertandingkan, dengan pesaing Yamaha, Kawasaki, kini menawarkan kedua-dua Ninja 250 dan 400, manakala KTM memiliki model 390 Duke dan RC 390. Modenas juga telah menawarkan Dominar D400. Dengan itu, telah timbul spekulasi yang kita mungkin akan menyaksikan sebuah R4 bawah 400cc, kerana, bagaimana lagi menjadikannya lebih berdaya saing jika yang lain mempunyai kapasiti yang lebih tinggi.

Tetapi, ada satu masalah jika ia berada di tahap 400cc. Di mana Yamaha menawarkan model R3 atau R4 yang dispekulasikan di negara-negara lain, kita masih akan tetap di tahap versi 250cc. Begitu jugalah ceritanya dengan para pengeluar yang lain, kecuali KTM. Ianya satu tragedi yang kita tidak dapat menikmati potensi penuh motosikal kerana penunggang-penunggang yang enggan menaiktaraf lesen mereka ke “B-full”, dan oleh kerana itu, motosikal-motosikal berkapasiti kecil masih di takuk 250cc. Dan mereka ini jugalah yang akan merungut apabila motosikal berkapasiti lebih besar tidak memasuki negara kita.

Model R3/R4 baharu mungkin sekali bakal diperkenalkan sewaktu AIM Expo di Las Vegas.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]